Wednesday 20 March 2013

Kenapa Mesti Melabur Dalam Unit Amanah?

Dewasa ini semakin banyak keperluan yang memaksa kita menggunakan wang. Dalam situasi yang genting sebagai ketua keluarga atau siapapun diri anda, sudah pasti anda akan memerlukan kewangan. Jika anda tidak merancang kewangan anda, sudah pasti anda akan mengalami masalah kewangan ini suatu ketika nanti. Percayalah.....!!!!

Jika anda ada melakukan simpanan, persolannya sekarang adakah simpanan anda itu cukup untuk menampung keperluan anda pada ketika ia diperlukan???? Dalam hal ini, pelaburan dalam saham unit amanah boleh membantu dalam menyelesaikan banyak masalah-masalah.

Pendidikan Anak

Kos pendidikan anak-anak/cucu merupakan antara perbelanjaan terbesar yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat perancangan pendidikan untuk anak-anak. Anda perlu memikirkan banyak perkara bagi menatijahkan pengurusan kewangan yang baik.

Anda perlu memikirkan bilangan anak yang anda ada, sama ada mahu anak anda belajar di universiti tempatan atau luar negara, jenis kursus dan banyak lagi. Anda juga perlu memikirkan tentang yuran pengajian anak-anak, dan jagan lupa untuk mempertimbangkan tentang kenaikan yuran pengajian ini. Ya, sudah pasti harga yuran pengajian akan naik pada tahun-tahun akan datang!!!

Pelaburan dalam saham unit amanah mampu membantu anda merancang dan menyediakan kos pendidikan anak atau cucu anda. Seelok-eloknya, anda memulakan perancangan awal untuk memastikan anda mempunyai dana yang cukup untuk pendidikan anak anda.


Pembelian Rumah  

Pelaburan dalah saham unit amanah mampu membantu anda membayar dan menyelesaikan cagaran dengan lebih awal, memiliki rumah yang lebih besar, atau menambahbaikkan rumah yang anda miliki sekarang. Dengan rancangan kewangan yang baik dan dimulakan dengan lebih awal.

Persaraan 


Menjadi semakin tua dan kemudian bersara tidak dapat dielakkan. Adalah tidak terlalu awal merancang untuk hari persaraan anda walaupun anda rasa selesa dengan Kumpulan Wang Simpana Pelerja (KWSP) yang anda miliki. Anda mempunyai hak dan pilihan untuk bersara dalam keadaan yang selesa dan terhormat.

Menurut Bank Negara Malaysia, purata jangka hayat rakyat manusia adalah 77 tahun untuk lelaki dan 83 untuk perempuan. Ini juga bermakna wang persaraan anda perlu menghadapi kesan inflasi untuk kira-kira 20 tahun. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda menyediakan wang simpanan yang mencukupi untuk membiayai taraf hidup yang semakin meningkat.

Perkahwinan 


Bagi yang masih muda dan belum berumah tangga mungkin tidak memikirkan tentang perkara-perkara di atas. Tapi, terfikirkah anda bila anda hendak mendirikan rumah tangga..??? Sudah pasti memerlukan kos yang banyak. Hantaran, kos majlis kahwin dan sebaginya. Semua perlu difikirkan. Jadi, bermula daripada sekaranglah, anda mesti menyimpan untuk detik-detik bahagia itu.

Simpanan Kewangan

 
Satu situasi dalam hidup ini ialah apabila tibanya saat-saat kecemasan anda memerlukan wang. Perkara seperti ini tidak dirancang dan hadir secara tiba-tiba dalam hidup kita. Public Mutual mampu membantu mempersiapkan keperluan kewangan anda diwaktu saat-saat anda memerlukan.


Diatas adalah sedikit alasan atau sebab kenapa anda perlu melabur dalam saham unit amanah. Terdapat banyak lagik alasan yang anda boleh fikirkan untuk kepentingan anda, keluarga,saudara-mara serta sahabat handa anda semua.

......................................................................... (^_^) ............................................................................