Thursday 27 June 2013

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?



Ramai orang mungkin tertanya-tanya, kalau nak sediakan dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) atau nak simpan di Unit Trust (saham amanah)? Dua-dua agen Insurans dan Unit Amanah datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik? Mana satu lebih efisyen? Salah satu atau kedua-dua sekali?

Berikut merupakan sedikit panduan untuk ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.

PANDUAN 1 : 

Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang. Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT sahaja, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang berstatus pelajar IPT.

Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya pelajar yang masuk IPTA, mereka akan meminjam antara RM 40 000 hingga RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta seperti Petronas, Uniten dll, pelajar akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, seorang sahabat saya meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sahabat saya itu menjamin adiknya untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak-anak di masa hadapan, 15 hingga 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.

Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah. Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan.

PANDUAN 2: 

Bersikap realistik dengan jumlah simpanan Sedar dan wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Amanah, kalau anda simpan RM 50 sahaja sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama sahaja. Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. Jadi dari 1/3 ini, bahagikan/sediakan sedikit untuk keperluan pendidikan anak.

PANDUAN 3 : 

Insurans atau Unit Amanah? Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yang lain.

Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa??? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah-tambah lagi kalau ada banyak rider macam premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge-charge rider tadi. Berbanding Unit Amanah, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Sudah tentu memang ada initial service charge tapi tidak tinggi sangat. Hanya sekitar 5%.

Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada pelabur. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Amanah, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sebab tidak ada medical card atau pampasan yg diberikan. Silap-silap anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 untuk anak setiap bulan akan terhenti. Jadi masa depan si anak akan terjejas.



KESIMPULAN:  

Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Amanah untuk pelaburan.

Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa-apa pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans untuk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider seperti premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – RM 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.

Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda labur dalam Unit Amanah yang lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yang lain. Yang penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati. Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yang tidak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan : – medical card untuk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal – anda sendiri memiliki insurans dengan jumlah pampasan yang tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yang diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda. Bagi yang terbaik adalah, bahagikan 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan.

Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut. Sekian dahulu.

Wednesday 26 June 2013

Maklumat Tambahan Unit Amanah Saham @ Unit Trust

Unit Trust merupakan satu pelaburan kolektif dimana wang para pelabur akan dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan didalam pelbagai portfolio, seperti ekuiti,pendapatan tetap,money market dan bond. Konsep pelaburan unit trust adalah sama seperti pelaburan ASN. Dimana terdapat perbezaan antara harga jual dan harga beli. Tidak sama seperti ASB, yang mana harga tidak pernah berubah iaitu tetap RM1.00.

Dalam pelaburan unit trust, terdapat hubungan 3 pihak di antara pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

Tanggungjawab pengurus dana adalah untuk membuat analisis dan mengenalpasti kaunter yang berpotensi untuk dilaburkan. Yang penting, pelaburan hanya dibuat di dalam syarikat-syarikat kukuh yang tersenarai di bursa saham.

Tanggungjawab pemegang amanah pula adalah untuk menjaga wang pelabur. Dengan kata lain, setiap urusan pelaburan akan melalui pemegang amanah bagi memastikan pengurus dana tidak menyelewengkan wang pelabur. Malah, setiap transaksi akan dibuat di atas nama pemegang amanah.

Sebagai contoh, katakanlah sesebuah dana melaburkan sebahagian wang ke dalam syarikat Air Asia, saham tadi adalah di atas nama pemegang amanah. Sebarang keuntungan akan dibayar kepada pemegang amanah.

Pengagihan tahunan (atau selalunya dipanggil dividen) juga akan dibayar oleh pemegang amanah kepada pelabur. Dengan cara ini, seandainya pengurus dana mengalami sebarang kerugian atau bankrap sekalipun, wang pelabur tetap selamat di bawah jagaan pemegang amanah.

Dengan kata lain, pelaburan unit trust merupakan satu bentuk pelaburan yang SANGAT SELAMAT jika dibandingkan dengan pelaburan secara terus di dalam bursa saham.

Bagaimana pelabur mendapat untung?

Melabur di dalam unit trust,anda akan mendapat dua keuntungan.Pertama dari segi kenaikan harga (pertumbuhan modal),kedua daripada dividen. Dari segi kenaikan harga, kita akan mendapat keuntungan apabila nilai seunit meningkat daripada nilai semasa kita membeli. Dan kita akan mendapat untung apabila kita menjualnya semasa harga sedang tinggi.

Tetapi jika nilai unit sedang menurun, kita tidak akan mengalami kerugian selagi kita tidak menjualnya.Anda tidak perlu risau dan bimbang kerana ada peluang untuk harga setiap unit untuk naik semula.Kadangkala ia bergantung kepada strategi pelaburan seseorang.Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana pelabur dapat membeli lebih banyak unit pada harga yang rendah.

Apabila dana mendapat untung dari pelaburan yang dibuat,maka keuntungan ini akan diagih kepada pelabur menerusi dividen. Tetapi dividen itu tidak semestinya dibayar dalam bentuk tunai, mungkin juga dalam bentuk tambahan unit.

Siapa Patut Melabur Dalam Unit Trust?

Pelabur didalam unit trust biasanya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya mereka lebih suka melabur didalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan.Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan unit trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan. Yang mana pada tempoh yg sederhana hingga panjang boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar jika dibandingkan dengan simpanan tetap.

Pelabur-Pelabur Unit Trust terdiri daripada:

  • Mereka yang ingin memulakan pelaburan tanpa perlu mendalami ilmu pelaburan denga lebih mendalam.
  • Golongan pekerja di sektor swasta dan kerajaan yang ingin memkasimumkan pulangan wang persaraan mereka.
  • Mereka yang sudah mencuba pelaburan lain tetapi tidak mendapat pulangan seperti yang di inginkan.
Pelaburan unit trust menawarkan pelbagai pelan pelaburan sesuai dengan matlamat kewangan anda.

Bagaimanakah caranya, jika saya sudah bersedia untuk memulakan pelaburan?

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan,anda boleh menghubungi saya.Walau dimanapun lokasi anda, Insya Allah dengan kecanggihan teknologi, saya yakin saya mampu membantu anda untuk memulakan pelaburan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang baik kepada anda.

Untuk memulakan pelaburan anda boleh menghubungi saya.

6 Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan.



1. Akaun Simpanan.

Kelebihan

  • Mudah dibuka dan dijaga.
  • Keperluan minimum dan memang munasabah.
  • Akses tunai adalah fleksibel.

Kekurangan;

  • Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakan rancangan simpanan anda.
  • Kadar Faedah yang agak rendah. Iaitu tidak melebihi daripada 1% setahun.


2.Deposit tetap (Fixed Deposit).

Kelebihan;

  •  Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan (3 % -4% setahun)
  • Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.

Kekurangan;

  • Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi. Contohnya, kadar inflasi sekarang ialah 8% sedangkan kadar bunga ialah 3.5 %. Maknanya, anda akan masih mengalami kerugian sekiranya memilih pelaburan cara ini.
  • Pengeluaran kurang fleksible.


3. Harta tanah.

Kelebihan;

  • Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik.
  • Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi.
  • Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung.

Kekurangan:

  • Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank (min gaji bersih sebulan RM1500)
  • Skim bayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksible.
  • Tidak boleh segera ditukar kepada tunai. (sukar kalau ada emergency kes)


4. Insurans Hayat.

kelebihan;

  • Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat.
  • Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum Insurans matang, maka ia bertindak sebagai makenisme untuk menggalakan simpanan.
  • Terbukti sebagi rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.

Kekurangan;

  • Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain.
  • Kurang fleksibel.


5. Pasaran Saham.

Kelebihan;

  • Lebih memberangsangkan dariapda akaun semasa.
  • Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.

Kekurangan;

  • Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham (min RM10 ribu)
  • Bukan untuk penyimpanan biasa yang melabur cuma beberaa ratus ringgit sebulan.
  • Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan
    sendiri palaburan anda dengan jayanya.

6. Unit Amanah

Kelebihan;

  • Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpanan yang buat simpanan kerap.
  • Pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan tetap.
  • Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan.
  • Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
  • Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar. (ada masa saya huraikan)portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
  • Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.

kekurangan;

  • Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan. (tetapi bagi pelaburan jangka panjang keadaan ini tidak perlu dirisaukan)


Monday 24 June 2013

Bagaimana Inflasi Mengurangkan Nilai Wang Anda



Inflasi adalah satu ancaman yang sangat senyap. Ramai orang tidak sedar bagaimana perkara ini boleh terjadi. Kita ambil contoh dengan pembelian nasi lemak. Lima belas (15) tahun yang lepas dengan RM1.50, kita boleh mendapat nasi lemak dengan telur sebiji. Sepuluh (10) tahun lepas dengan wang yang sama, kita akan mendapat nasi lemak dengan telur separuh biji dan hari ini, kita akan hanya mendapat nasi lemak dengan telur suku biji dengan wang RM1.50.

Perasankan sekarang dengan wang yang sama tetapi kita dapat kuantiti yang berbeza. Nilai duit kita semakin mengecil. Inilah yang dinamakan inflasi. Sama seperti kadar pulangan berganda, inflasi berganda juga boleh memberikan kesan yang buruk terhadap taraf hidup kita.

Apakah inflasi?
 
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur ansur paras harga umum untuk produk produk dan perkhidmatan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Bahasa mudahnya, berlaku kemerosotan kuasa beli anda, nilai RM berkurangan….Sebagai contohnya, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5%. Apakah sebab sebab berlakunya inflasi?

Dua sebab umum berlakunya inflasi:

i. Permintaan Tinggi, Bekalan Rendah Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai Inflasi Tarikan-Permintaan (Deman-Pull Inflation), ianya biasa berlaku di ekonomi bertumbuh dimana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan”.

ii. Peningkatan Dalam Kos Pengeluaran Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat (contoh kenaikan harga minyak). Ini akan menyebabkan syarikat syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat syarikat biasanya memindahkan kos kepada pengguna.

Persoalan sekarang bukanlah inflasi akan terus menaik tetapi adakah inflasi itu menaik melebihi kenaikan gaji kita atau pelaburan kita ataupun tidak.

Didalam kes yang berlaku pada tahun 2007 hingga 2008 bilamana minyak telah naik mendadak, kenaikan inflasi itu lebih tinggi berbanding kenaikan gaji pekerja,dan kita mengeluh kuasa membeli kita semakin berkurangan.

Formula Faedah Berganda (Compounding Interest)

Mari kita lihat apa akan berlaku dengan nilai duit kita apabila ia disimpan, sebagai contoh, dibawah bantal.

Kita kira dengan kadar inflasi 5%(0.05) selama 5 tahun. Formula Kadar Inflasi Berganda Digunakan

FV = Future Value (Nilai Hadapan)

PV = Present Value (Nilai Hari Ini);

i = Inflation (Inflasi); n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun).

Jika wang yang terperap dibawah bantal itu adalah RM 10000.00 maka,

FV = RM10000(1-0.05)^5.

FV = RM 7738

Oleh itu anda kerugian sebanyak RM 2262 dalam tempoh lima tahun.

Thursday 20 June 2013

Mengelakkan Kesilapan Biasa dalam Melabur


Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sebagai pelabur, kita perlu belajar daripada kesilapan pelaburan kita dengan mengenali kesilapan itu dan membuat penyesuaian yang sewajarnya kepada disiplin pelaburan kita.

Ramai orang melabur tanpa mempelajari secukupnya tentang proses pelaburan atau produk-produk pelaburan yang berlainan dan tanpa mempertimbangkan apa yang mereka mahu mencapai sebenarnya dalam jangka panjang. Pelabur semacam ini selalunya bertindak balas negatif kepada kemeruapan jangka pendek pasaran, mendengar nasihat mereka yang mendakwa diri mereka pakar, memasuki pasaran pada masa yang tidak sesuai dan akhirnya menanggung kerugian yang bertimbun.

Berikut adalah di antara kesilapan biasa yang dibuat oleh pelabur yang boleh menjejaskan prestasi portfolio mereka:

1.      Tidak menyediakan dana kecemasan sebelum melabur

Melabur tanpa sebarang peruntukan dana kecemasan umpama berakit tanpa jaket keselamatan. Sebelum memasuki pasaran, pelabur dinasihatkan supaya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan sebagai persediaan bagi menghadapi kecemasan kewangan (seperti kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak diduga. Tujuan utama penampan tunai ini ialah untuk memberikan kestabilan fiskal dan emosi semasa dilanda kemelutan ekonomi peribadi.

2.      Pemasaan pasaran

Walaupun pasaran mungkin bergerak secara kitaran, namun ini tidak bermakna kita boleh menentukan bila kita hendak masuk dan keluar dari pasaran pada paras terendah dan paras tertingginya masing-masing. Pelabur yang berpengalaman dan berjaya seperti Warren Buffett tidak menggunakan kaedah pemasaan pasaran kerana kaedah ini selalunya tidak berkesan. Oleh itu, pelabur individu akan dapat mengelak daripada menanggung kerugian besar jika mereka tidak mencuba memasakan pasaran. Bahkan, memandangkan pengalaman mereka yang terhad dalam memahami pasaran kewangan, pelabur individu lebih baik memfokus kepada melabur dalam unit amanah untuk jangka panjang.

3.      Berlengah-lengah

Pelabur tidak harus menangguh apabila melabur kerana permulaan awal boleh membawa banyak perbezaan dalam pulangan yang berpotensi diraih kerana tempoh masa yang lebih panjang membolehkan pulangan berganda atas feadah berfungsi dengan efektif. Sementara itu, lebih lama anda tunggu untuk memulakan pelaburan anda, lebih banyak wang yang perlu anda laburkan untuk mendapatkan pulangan yang sama dengan orang yang mula melabur lebih awal.

4.      Mengambil terlalu banyak risiko atau terlalu sedikit

Oleh sebab risiko dan pulangan adalah seiring, maka tahap risiko yang anda ambil semasa melabur boleh menentukan pulangan yang mungkin diterima. Namun begitu, ada orang yang mengambil terlalu banyak risiko dan ada pula yang terlalu sedikit. Pelabur yang mengambil risiko tinggi pada akhirnya menjadi spekulator dan sering melabur tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. Pelabur yang terlalu konservatif pula mungkin menanggung risiko di mana inflasi menyusutkan kuasa beli mereka. Daripada semata-mata bergantung pada toleransi risiko anda untuk menentukan pelaburan anda, anda haruslah juga mengambil kira matlamat kewangan dan jangka masa pelaburan anda.

5.      Kurang pempelbagaian

Pempelbagaian adalah antara prinsip melabur yang paling asas ke arah portfolio pelaburan yang berkembang dan mantap. Namun begitu, ramai pelabur cuai dan gagal mengikuti langkah ini sepenuhnya, sebaliknya mereka meletakkan semua telur (pelaburan) mereka ke dalam satu bakul (aset). Portfolio yang berpelbagai akan mematuhi semua komponen peruntukan aset – mengambil kira toleransi risiko, modal pelaburan yang sedia ada, jangka masa pelaburan dan perwajaran kelas aset portfolio semasa.

6.      Menjadi terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan pelaburan

Kebanyakan pelabur membenarkan emosi – terutamanya perasaan tamak dan takut – mendorong keputusan pelaburan mereka. Misalnya, pelabur yang terlalu mengikut perasaan akan terdorong untuk menjual pelaburan apabila harganya jatuh. Akibat terlalu mengikut perasaan dan gerak hati mereka, ramai pelabur yang menjual pada harga rendah dan membeli pada harga tinggi di pasaran. Mereka sepatutnya menilai secara objektif sebab kejatuhan harga itu dan melihat sama ada ia disebabkan oleh keadaan pasaran yang lebih meluas.

7.      Kurang penyelidikan

Pelabur haruslah membuat penyelidikan sebelum melabur. Pelaburan yang berjaya memerlukan masa dan usaha yang berterusan, termasuk melakukan penyelidikan pelaburan sendiri. Pelabur harus ingat bahawa prestasi sebuah pelaburan dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan.

8.      Panik semasa pasaran jatuh

Apabila pasaran jatuh teruk, biasanya pelabur akan dikuasai oleh emosi mereka dan menyebabkan mereka menjual pelaburan mereka secara panik. Pelabur yang memegang pelaburan untuk jangka panjang tidak akan dipengaruhi oleh putaran pasaran saham ini. Sebaliknya, mereka mungkin melihat kelemahan pasaran sebagai peluang untuk membeli saham mewah di bawah nilai sebenarnya pada harga yang menarik.
Semua orang melakukan kesilapan dalam pelaburan mereka tetapi apa yang membezakan pemenang daripada orang yang kalah adalah mereka menggunakan apa yang mereka pelajari daripada kesilapan mereka. Kunci kejayaan dalam pelaburan bukanlah mengelak daripada risiko sama sekali tetapi mengenali risiko yang diambil. Bagi mengelakkan kejutan yang kurang menyenangkan, buat penyelidikan anda. Tiada apa yang setanding dengan membaca prospektus dan menyemak prestasi jangka panjang pelaburan. Sepertimana pengurus dana Amerika, Ronald W. Roge, pernah berkata: “Orang meluru membeli meskipun mereka tidak faham apa yang mereka beli. Orang membuat lebih banyak penyelidikan semasa mereka membeli peti ais atau perakam kamera video daripada semasa mereka melabur beribu-ribu dalam pasaran.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Jutawan Pun Buat Kesilapan (dan Belajar daripada Kesilapan itu) 

Benjamin Graham muflis sebanyak tiga kali sebagai pelabur. Tetapi setiap kali beliau muflis, beliau mendokumentasikan dan mengkaji kegagalannya, dan beliau akhirnya dapat menyampaikan kebijaksanaan pelaburan ini kepada ramai orang lain, termasuk Warren Buffett, yang kemudiannya pula belajar daripada kesilapan dan kegagalannya sendiri. 

Pada awal kerjaya Buffett, beliau tersilap percaya bahawa beliau boleh menyelamatkan kilang tekstil yang hampir lingkup. Setelah terpaksa membubarkan operasi tekstilnya, Buffett belajar membayar untuk kualiti. Beliau mengubah syarikat yang hampir lingkup itu kepada perniagaan bernilai AS$140 bilion. 

Satu lagi contoh yang hebat ialah John Lasseter, dari syarikat Pixar. Selepas tamat pengajian dari kolej, Disney mengambilnya bekerja sebagai kapten tunggangan Jungle Cruise di Disneyland. Kemudian, syarikat itu memberinya peluang bekerja sebagai juruanimasi, dan beliau segera menyedari kemampuan teknologi komputer baru untuk merevolusikan animasi. 

Namun begitu, Disney sangat tidak tertarik dengan filemnya yang pertama sehinggakan beliau dibuang kerja serta-merta. Jadi, beliau terpaksa berusahakannya semula. Selepas memperhalusi proses-prosesnya, beliau menyertai sebuah syarikat yang kemudiannya dikenali sebagai Pixar, di mana beliau memenangi dua Anugerah Akademi dan menerbitkan beberapa buah filem hit ‘blockbuster’ termasuk Toy Story, A Bug’s Life, dan Cars. Ironiknya, beliau dan rakan kongsinya Steve Jobs kemudiannya menjual Pixar kepada Disney dengan harga AS$7.4 bilion (RM25.1 bilion). 

Pengajaran daripada kisah ini: sentiasa belajar daripada kesilapan anda.

Tuesday 18 June 2013

RM 1 Juta tidak cukup selepas bersara



K. Sasitharan iaitu Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia berkata bahawa RM1 juta masih belum cukup untuk rakyat Malaysia selepas mereka bersara. Beliau berkata demikian selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, 20 April 2009 yang lepas.

Ini dirumus berdasarkan tabiat menabung yang rendah dan budaya hutang kad kredit yang semakin bahaya dikalangan rakyat Malaysia. Ikuti ulasan beliau yang dipetik dari Utusan Malaysia,

"JOHOR BAHRU 20 April – Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar ‘cukup makan’ jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan. Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti. “Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi.” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak. Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda. Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada. “Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja. Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,” jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan. “Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,” jelasnya. Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung. Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji. “Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: “Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,” kata beliau."

Monday 17 June 2013

Soalan Umum Pelaburan Dalam Saham Amanah



BIASANYA dalam interaksi antara ejen saham amanah dan pelabur, hanya ejen yang banyak bercakap, manakala pelabur lebih banyak mendengar.

Tidak banyak soalan yang relevan ditanyakan oleh pelabur kecuali soalan lazim - “berapa banyak dividen akan diberikan oleh saham amanah ini?” atau “apakah jumlah minimum untuk memulakan pelaburan?”.

Tetapi untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pelaburan saham amanah, anda mestilah bersedia untuk bertanya banyak soalan.

Jawapan yang anda peroleh daripada ejen itu boleh membantu anda menentukan sama ada melabur dalam saham amanah yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda.

Ini juga dapat mengelakkan anda daripada melabur dalam produk saham amanah yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan secara berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.

Antara soalan cadangan yang anda patut tanyakan kepada ejen anda.

Adakah saham amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC)?

Semua produk saham amanah mestilah didaftarkan dengan SC. Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-62048000 dan minta disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau lawati laman web SC di www.sc.com.my

Berapa lama syarikat saham amanah itu sudah beroperasi? Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan?

Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesebuah syarikat saham amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana berkenaan (jika dana itu diuruskan oleh pengurus dana luar). Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka. Anda mesti berusaha untuk mengenali mereka yang diamanahkan bagi mengendalikan wang hasil titik peluh anda.

Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko anda?

Sebelum anda bertanyakan soalan ini, anda mesti mengetahui dan yakin mengenai matlamat pelaburan anda dan berapa banyak risiko pelaburan yang anda mampu tanggung (risiko pelaburan pada umumnya adalah keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian). Sekarang ini, ada banyak jenis dana di pasaran, setiap satu dengan manfaat dan risiko tersendiri (Lebih tinggi pulangan yang dijanjikan, lebih tinggi risiko yang terpaksa ditanggung). Justeru, penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapatan yang konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan konsisten. Anda tidak seharusnya membiarkan diri dipaksa oleh mana-mana ejen untuk melabur dalam dana yang tidak bersesuaian dengan anda.

Apa yang berlaku kepada wang yang dilaburkan dalam dana berkenaan? Di manakah wang itu akan dilaburkan?

Setiap dana saham amanah mempunyai strategi pelaburannya sendiri untuk memenuhi matlamat pelaburan. Contohnya, bagi dana ekuiti, pada umumnya, kebanyakan daripada aset itu dilaburkan dalam ekuiti syarikat tersenarai di bursa saham yang berpotensi untuk berkembang dan bukan syarikat saham mewah yang menawarkan dividen yang konsisten. Sebaliknya, dana bon akan melaburkan kebanyakan dananya dalam produk bon yang berisiko rendah.

Amat penting bagi pelabur mengetahui bahawa dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi terus ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk berisiko tinggi, saham amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.


Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang anda laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?

Setiap dana mempunyai ukur rujuknya sendiri (sesuatu yang anda boleh jadikan ukuran prestasi), yang dinyatakan dalam prospektus. Anda boleh membandingkan kadar pulangan anda dengan ukur rujuk atau penanda aras berkenaan. Ukur rujuk yang biasa bagi dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) manakala bagi dana bon, biasanya adalah pada kadar purata 12-bulan deposit tetap bank.

Selain itu, anda boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain. Saham amanah yang lebih kompleks mungkin mempunyai ukur rujuk yang lebih kompleks.


Bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada dana itu? Untung modal atau dividen?

Jika anda melabur dalam saham amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk keuntungan modal (jika pergerakan harga unit memuaskan) atau dividen (jika syarikat pengurusan mengumumkan ada bayaran dividen). Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.


Adakah anda perlu membayar sebarang bayaran atau caj?

Setiap pelaburan mempunyai kos, begitu juga pelaburan dalam saham amanah. Syarikat pengurusan saham amanah mungkin mengenakan caj pengagihan/transaksi seperti caj jualan dan/atau caj penebusan apabila anda membeli dan menjual unit dan mengenakan bayaran pengurusan dan bayaran pemegang amanah setiap tahun bagi perkhidmatan yang mereka sediakan. Ejen anda mesti menjelaskan semua itu kepada anda. Baca prospektus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran dan caj.


Jika anda mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkan anda menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?

Pelabur diberikan ‘tempoh bertenang’ iaitu masa yang diberikan kepada pelabur bagi memikirkan semula sama ada mereka mahu meneruskan pelaburan dalam saham amanah itu atau pun tidak. Tertakluk kepada syarat, pelabur saham amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana berkenaan dalam masa ‘tempoh bertenang’. ‘Tempoh bertenang’ adalah hak anda. Keterangan lanjut mengenai ‘tempoh bertenang’ ada dinyatakan dalam prospektus.


Jika anda mahukan wang semula dengan segera, mudahkan menjualkan dana berkenaan? Berapa lama mesti menunggu sebelum boleh mendapatkan wang itu semula?

Saham amanah adalah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen dan menyerahkan notis penebusan bagi menebus kembali unit anda dan mendapatkan wang kembali. Penting bagi anda mengetahui bila anda akan mendapat semula wang anda supaya anda lebih bersedia sekiranya anda memerlukan wang itu dengan segera. Tanyakan ejen anda. Butiran lanjut mengenai penebusan boleh didapati dalam prospektus.


Adakah anda akan mendapat apa-apa penyata berkaitan dengan status pelaburan daripada syarikat pengurusan?

Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda. Dapatkan penjelasan mengenai kekerapan anda akan mendapat penyata berkenaan. Anda mesti memantau pelaburan anda.


Di mana anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana berkenaan?

Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana saham amanah terdapat dalam prospektus dan laporan tahunannya. mintalah prospektus itu daripada ejen anda dan bacalah sebelum melabur.



Tarikh: 8 Julai 2008
Sumber: www.bharian.com.my

Sumber: Pusat Perkembangan Industri Sekuriti SC.

Sunday 16 June 2013

Strategi dan Konsep Melabur


Pemurataan Kos Ringgit /Ringgit Cost Averaging(RCA)

Apa itu RCA?

“Pemurataan kos ringgit” merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.

Bagaimana melaksanakan RCA?

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukan samada secara bulanan (Direct Debit Instruction) atau suku tahunan (pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Direct Debit Instruction sebanyak RM200 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan (3 bulan) mengikut jumlah yang layak seperti RM1,000 atau RM5,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.

Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan  JumlahPelaburan(RM)  Harga seunit (RM)    Jumlah unit-unit dibeli
Jan     1,000           0.2256 4432.624113
Feb     1,000           0.2156 4638.218924
Mac     1,000      0.2226 4492.362983
Apr     1,000      0.2011 4972.650423
Mei     1,000           0.1981 5047.955578
Jun     1,000           0.1899 5265.929437
Julai   1,000      0.1755 5698.005698
Aug     1,000            0.1656 6038.647343
Sept   1,000            0.1587  6301.197227
Oct     1,000            0.1666 6002.40096
Nov     1,000             0.1769   5652.911249
Dec     1,000      0.2168 4612.546125
Jumlah  12,000                                      63,155.45


Keputusan                      RM
Purata harga seunit         0.1928
Purata Kos seunit            0.1900
Nilai harga terkini         0.2168
Nilai pelaburan terkini      13692.10


Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, iaitu 1% kurang dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM 12,000 secara RCA adalah sebanyak 63115.45 berbanding dengan jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ sebanyak RM 12,000 adalah sebanyak 53191.49 unit yang dibeli dengan harga RM 0.2256/unit pada bulan Januari. Ini baru pelaburan untuk setahun.

Sudahkah anda melaksanakan RCA? 

Wednesday 12 June 2013

Bagaimanakah Mendapat Keuntungan dari Unit Trust?

Ini soalan lazim, “Tuan, macam mana mau untung? Bila boleh untung? Berapa boleh untung?”. Hehehe. Saya cuma boleh menjawab soalan pertama.  Soalan ke-2 dan ke-3 kalau saya ada jawapan saya dah kaya raya! Mesti Warren Buffet (one of the most successful investors in the world) dah merayu-rayu saya jadi consultant dia. Soalan ke-2 dan ke-3 bergantung kepada prestasi dana, pasaran semasa dan ekonomi. Untuk soalan pertama, ada tiga cara memperolehi keuntungan melalui pelaburan unit trust.

1)  Income distribution/Dividend
Pelabur akan memperolehi keuntungan melalui distribution yang diberikan (bergantung pada fund). Perlu dingatkan, policy distribution dipengaruhi oleh market performance. Ada consultant yang suka2 cakap confirm dapat distribution setiap tahun (selalunya setiap tahun), tapi terjadi juga di mana fund terbabit tiba-tiba tak declared dividend, tapi focus kepada capital growth which will benefit the investors in the long run (3 years and above).

Contoh pengiraan: 
Katakanlah Investor A melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund XXX pada 1 Jan 2009. Harga seunit NAV time tu pula RM0.600/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.600 seunit = 15,750 unit

Katakanlah syarikat declared net distribution pada 10 April 2009 pada 8 sen seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:

After net distribution             = RM0.08 seunit x 15,750 unit = RM1,260

Sekiranya RM1,260 ini tidak direedem, automatically ia akan dilaburkan semula (reinvest distribution) dalam bentuk unit mengikut harga NAV berikutnya. Contohnya harga NAV ialah RM0.500 seunit;
Unit dilaburkan semula  = RM1,260/0.500 = 2,520 unit
Jadi total unit baru          = 15,750 + 2,520 = 18,270 unit (jadi unit anda sudah bertambah!)
Kemudian, sekiranya market naik semula pada Jun 2009 pada harga RM0.620/unit dan pelabur decide untuk jual: 
Jumlah jual                = RM0.620 x 18,270 unit = RM11,327.40
Oleh itu keuntungan = RM11,327.40-RM10,000 = RM1,327.40 = 13.2%.

2)  Capital Gain/Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi
Part ni paling best di mana investor mendapat keuntungan melalui capital gain – membeli pada harga yang rendah tetapi menjual pada harga yang tinggi.

Contoh pengiraan: 
Katakanlah Investor B melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund YYY pada December 2008, time tu market dah down. Harga seunit NAV time tu pula RM0.400/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.400 seunit = 23,625 unit

Katakanlah sebelum mendapat dividend pada bulan April 2009, market dah naik dan harga seunit NAV pada 20 March 2009 adalah RM0.600/unit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Keuntungan                     = RM0.600 x 23,625 unit = RM14,175
                                          = RM14,175 – RM10,000 = RM4,175 (Untung 42%)

3)  Unit Split
Anda akan mendapat pertambahan unit secara percuma sekiranya fund tersebut declared unit split kepada pelaburnya. Contohnya percuma pertambahan 2 unit bagi setiap satu unit yang sedia ada. Sekiranya unit yang sedia ada adalah 10,000 unit, anda akan mendapat total unit 30,000. Apabila didarab dengan harga semasa NAV, possibility untuk medapat keuntungan adalah tinggi especially bila harga tinggi.


Tips: Apa itu harga seunit NAV? Macam mana nak monitor dan tau? Anda boleh check di sini. Harga akan berubah setiap hari bekerja. So anda boleh monitor keuntungan anda dengan mengetahui harga beli, total unit anda dan harga nak jual. Mudah ajer….

Tuesday 11 June 2013

Apakah Perbezaan Pelaburan Unit Trust dengan Pelaburan Saham?

Pertama:
Pelaburan Unit Trust adalah salah satu bentuk pelaburan secara tidak langsung ke dalam saham dan lain-lain instrument kewangan manakala pelaburan saham adalah pelaburan secara langsung ke dalam saham.

Pelabur unit trust bukan pemegang saham. Pelabur unit trust hanya pemegang unit dana yang dilaburkan ke dalam saham-saham.

Oleh itu, pelabur unit trust bukanlah pemilik syarikat kerana mereka tidak memegang saham syarikat. Mereka hanya pemilik unit dana.

Kedua:

Pelaburan unit trust diuruskan oleh Pengurus Dan (Fund Manager). Pengurus dana yang akan membuat pilihan saham untuk dilabur. Pengurus dana ini adalah pengurus pelaburan yang berpengalaman, professional dan berkemahiran. Pelabur unit trust tidak boleh memilih saham mana untuk dilabur. Mereka hanya boleh meilih dana unit amanah untuk dilabur. Dalam erti kata lain, pelabur unit trust tidak memiliki kawalan secara langsung ke atas pelaburan mereka.

Pelabur saham boleh memilih saham mana untuk dilabur mengikut citarasa sendiri atas nasihat remiser dan sebagainya. Dalam erti kata lain, pelabur saham memiliki kawalan secara langsung ke atas pelaburan mereka.

Ketiga:

Melalui pelaburan unit trust, dengan modal serendah RM 1000, pelabur mampu melabur secara tidak langsung ke dalam saham-saham mewah dan sederhana dan memaksimumkan pendedahan pelaburan mereka. Harga seunit unit amanah juga tidak begitu mahal. Ada yang serendah RM0.25 seunit dan sebagainya. Dengan pendedahan pelaburan yang besar, risiko kerugian dapat dikurangkan dan peluang untuk menjana keuntungan adalah agak baik.

Melalui pelaburan saham, pelabur perlu memiliki modal yang besar untuk melabur ke dalam saham-saham mewah dan sederhana. Pendedahan pelaburan mereka juga agak terhad kerana harga seunit saham mewah dan sederhana agak tinggi. Walau bagaimanapun, peluang membuat keuntungan/kerugian melalui pelaburan saham adalah lebih singkat.

Keempat:

Pergerakan/perubahan harga unit amanah adalah agak perlahan. Oleh itu, pulangan tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Para pelabur perlu melabur sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk melihat keuntungan yang memuaskan.

Pergerakan/perubahan harga saham adalah pantas. Pulangan boleh dinikmati dalam masa yang singkat.
Akhir kata, jika anda ingin menikmati pulangan yang munasabah dalam jangka masa yang singkat, pelaburan unit trust tidak sesuai untuk anda. Unit trust adalah satu bentuk pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang munasabah dengan risiko yang berpatutan dalam jangka masa yang panjang. Jadi, bergantung kepada kepentingan anda, dan buatlah pilihan yang tepat untuk menjamin masa depan anda. (^_^) .