Friday 30 August 2013

Salah Faham dengan UNIT TRUST @ Saham Amanah

Salam sejahtera. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik (Utusan Malaysia-2006) mendakwa menerima 100 bukti dari para pelabur yang rugi dalam pelaburan unit trust.

Awang Selamat bagaimana pun tidak menyatakan tempoh pegangan unit tust oleh pelabur tersebut. Tempoh pelaburan dalam unit trust sangat penting bagi menilai prestasi sesuatu dana unit trust. Menilai prestasi dana unit trust berdasarkan tempoh pegangan yang singkat tidak akan membantu pelabur membuat keputusan yang betul. Malah akan menimbulkan banyak impak yang negatif.

Saya tidak perlukan bukti untuk menyatakan seorang pelabur akan rugi sebaik sahaja melaburkan wang mereka dalam unit trust. Kenapa? Sebab skim pelaburan unit trust dirangka untuk manfaat kewangan jangka panjang. Jangan impikan jika anda melabur hari ini – esok, lusa, mingu depan, bulan depan, tahun depan 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi anda akan boleh untung!!Lupakan saja!! Tetapi bukanlah mustahil!!!

Tidak juga bermakna, walau pun sudah lama melabur anda akan untung! tidak juga!! Meneliti semula prestasi beberapa unit trust dalam tempoh 10 atau 20 tahun lepas didapati unit trust sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai suatu pilihan kepada rakyat untuk menyimpan wang.

Sebagai contoh, satu unit trust yang dilancarkan pada tahun 1992 sehingga kini telah memberikan pulangan sehingga 454.77% manakala satu lagi dana yang dilancarkan pada tahun 1997 telah memberikan pulangan 207.13% sehingga 29 Januari 2010.

Jadi di mana silapnya? Perlu diakui, bukan semua pelaburan dalam unit trust membuahkan untung. Ada yang rugi. Kerugian adalah risiko yang perlu diterima oleh pelabur apabila melabur. Bukan dalam unit trust sahaja. Dalam perniagaan pun begitu. Tetapi apa yang penting, apakah kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menilai semula strategi pelaburan kita? Supaya pelaburan kita menepati objektifnya.

Melabur dalam unit trust memerlukan kesabaran, disiplin dan strategi yang betul. Pelaburan dalam unit trust memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih bagi menyerap pergerakan harga pasaran sebelum mula menampakkan pertumbuhan modal. Tiada kompromi.

Bagaimana pun terdapat pelabur-pelabur yang telah mula mendapat untung pada bulan ke 14. Apakah strateginya? Melabur secara tetap setiap bulan – sebagai satu cara meminimakan risiko.

Amat malang. Sementara kerajaan saban tahun melalui PNB, menganjurkan minggu amanah saham dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya menabung, kita dikejutkan oleh laporan yang tidak disertakan fakta-fakta. Laporan sebegini tidak banyak membantu mempromosi industri saham amanah di kalangan rakyat.

Pelaburan dalam unit trust ada peraturannya. Ada Suruhanjaya Sekuriti,Ada Pemegang Amanah yang menjaga kepentingan pelabur. Ada Penasihat Syariah, ada UMTC, ada FMUTM. Siapa yang ambil tahu?? Prospektus unit trust sudahkah habis dibaca, difahami sebelum melabur?? Tak perlu baca!! Biar perunding amanah terangkan?? Prestasi dana dalam tempoh 5 tahun lepas sudahkah diselidik?

Kita hidup di dunia ini, tiada yang percuma. Risiko ada di mana-mana. Memandu, risikonya kemalangan, kecederaan, kematian!! kenapa kita masih memandu? Merokok, risikonya membahayakan kesihatan!! kenapa masih merokok? kenapa kita masih melakukannya tetapi begitu takutkan risiko pelaburan? Ingin berniaga, ingin untung besar tetapi tidak mahu keluarkan modal!!

Seharusnya, kita bersama-sama kerajaan mendidik masyarakat dalam membudayakan amalan menabung, merancang keperluan kewangan pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan usaha-usaha yang berterusan akan mencetuskan kesedaran: untuk menabung bagi tujuan bayaran yuran sekolah anak-anak tahun hadapan.

Supaya tiada lagi yang mempertikaikan kenaikan yuran sekolah sebanyak RM100 setahun tetapi dengan senyum simpul membayar bil Astro RM 105.95 sebulan.

Sumber : Jomlabur. com

Thursday 29 August 2013

Pelaburan unit saham amanah tidak akan rugi sekiranya .....

Pelaburan Unit Trust tidak akan merugikan jika kita faham akan RISIKO pelaburan.

Jangan terpedaya dengan iklan yang hanya memberikan JAMINAN DIVIDEN yang tinggi menjanjikan UNTUNG semata-mata. Minta agen terangkan juga apa yang berlaku jika pasaran merudum dan pelaburan anda sedang merosot. Memang pelaburan anda sedang merosot TETAPI adakah anda sedang RUGI??? Tidak semestinya. Fahami RISIKO pelaburan anda. Dana yang berlainan, profil pelaburan yang berlainan maka RISIKO juga berlainan. Minta agen anda terangkan.

Antara soalan lain yang perlu ditanya kepada agen:

  • Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang tuan / puan dapat?
  • Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang saya dapat?
  • Kalau saya untung macam tuan / puan cakap tu, apa tuan / puan dapat?
  • Kalau saya rugi, apa tuan / puan dapat ?
  • Kenapa tuan / puan cadang saya beli dana A dan bukan dana B?
  • Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging (melabur setiap bulan atau 3 bulan sekali) dan apa yang tuan / puan dapat?
  • Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging dan apa yang saya dapat ?
  • Saya baru beli buat kali pertama, boleh tak saya batalkan pembelian saya bila-bila masa?
Sebagai perunding unit amanah yang komited, mereka seharusnya bersedia menjawab soalan-soalan diatas. Mereka seharusnya faham kebimbangan para pelabur dan bakal pelabur terhadap pelaburan mereka.

Sebagai bakal-bakal pelabur, perlu anda tahu bahawa,

  1. Analisis PROFILE pelaburan pelabur secara PERCUMA.
  2. Proposal pelaburan mengikut profile pelabur.
  3. Jika bersetuju dengan proposal pelaburan yang dikemukakan, isi borang saja.
  4. Boleh pilih pelaburan secara EPF. Jika tiada EPF, boleh buka akaun pelaburan RM1000 dan bulanan RM100.
  5. Pelaburan hanya dalam unit amanah yang berasaskan syariah sahaja.

Kesan kompaun pelaburan

Sesiapa sahaja pun membuat pelaburan untuk menjana pertumbuhan kewangan. Selain daripada pulangan modal, dividen dan bonus, pelabur juga menjana lebih kewangan hasil daripada kesan kompaun dalam pelaburan. Dalam analogi mudah, kesan kompaun bolehlah diumpamakan sebagai pohon buah-buahan. Sekiranya disiram, dibaja dan dijaga dengan rapi secara berterusan, maka lama-kelamaan ia akan bertambah subur dan menghasilkan buah yang banyak.

Oleh yang demikian, lebih awal seseorang itu melabur, maka lebih banyaklah manfaat kesan kompaun yang diterima. Sebagai contoh, jika Ali menyimpan RM1,000 setiap tahun pada usia 18 tahun hingga 27 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus setahun, simpanannya akan mencapai RM98,294 pada usia 55 tahun.

Ini bermakna dengan modal simpanan RM10,000, Ali telah menikmati pulangan sebanyak RM88,294 hasil kesan kompaun pelaburan!

Berbanding Abu yang mula menyimpan pada usia 28 tahun, dengan jumlah simpanan RM1,000 setiap tahun selama 28 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus, simpananya mencecah RM86,347 pada usia 55 tahun. Dengan modal simpanan RM28,000, pulangan pelaburan Abu hanya berjumlah RM58,347.

Walaupun modal simpanan Abu lebih banyak daripada Ali, nilai simpanan Ali tetap jauh lebih tinggi disebabkan menyimpan pada usia muda. Inilah kelebihan ketara membuat pelaburan di awal usia, ‘dibantu’ pula oleh kesan kompaun dalam jangka masa panjang. Bak kata pepatah Inggeris, ‘the early bird catches the worm’. Siapa cepat dia dapat. :)
NOTA : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana untuk membuat pelaburan dengan betul dan sistematik, boleh hubungi saya.

Wednesday 28 August 2013

Peluang Menjana PENDAPATAN, Ramai Yang Mahu Tetapi Tidak Tahu.

Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk melabur dalam Unit Trust. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh beberapa perkara yang anda hadapi seperti:

  • Tidak tahu di mana tempat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan rujukan yang lengkap tentang Unit Trust
  • Khuatir untuk melakukan tindakan secara bersendirian tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada pakar Unit Trust
  • Tidak mempunyai perunding yang berkebolehan untuk berbincang dan memenuhi kehendak pelaburan anda
  • Takut sekiranya anda terjerat dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia
  • Sudah semestinya anda tidak mahu kerugian dan tidak mahu wang anda lesap dengan begitu sahaja
  • dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk melabur dalam Unit Trust
Cuba Anda Bayangkan,
  • Sudah berapa banyak wang yang anda laburkan selama ini tanpa apa-apa pulangan, malahan hilang begitu sahaja
  • Sudah berapa banyak syarikat MLM yang anda sertai tetapi pendapatan anda masih di takuk yang lama
  • Sudah berapa banyak wang dan masa yang anda bazirkan dengan menyertai skim-skim piramid, scam, ponzi, surat berantai dan skim cepat kaya tetapi tidak ada hasil yang anda perolehi
  • Sudah berapa kali anda terjerat dengan sistem-sistem pelaburan haram dan tidak sah dari segi undang-undang Malaysia
  • Sudah berapa banyak kali keluarga anda menangis melihat kerugian demi kerugian disebabkan pelaburan anda
  • Barapa banyakkah hutang piutang yang anda tanggung sekarang akibat pelaburan yang anda sertai selama ini...

Dan mungkin kini anda juga sedang berhadapan dengan situasi muflis akibat daripada pelaburan-pelaburan tersebut. Oleh itu, hindarkankan segala pelaburan-pelaburan yang meragukan disisi undang-undang malaysia dan lupakanlah ia buat selama-lamanya!


TAHUKAH ANDA?

# Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT TRUST, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)'15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak.

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.


Selamat Melabur.

Keraguan tentang pengeluaran KWSP untuk pelaburan unit amanah

Ramai yang berminat untuk mengambil peluang melabur dalam unit amanah (unit trust) syarikat-syarikat swasta sama ada Public Mutual, Cimb, Aminvestment, OSK, MAAKL Mutual dan lain-lain lagi dengan mengeluarkan wang dari KWSP. 

Walau bagaimanapun masih ramai yang kurang jelas tentang bagaimana transaksi keluar masuk wang dari KWSP itu berlaku menyebabkan timbul rasa takut duit hilang, duit hangus, ditipu, rugi terus dan sebagainya. Adalah amat baik kiranya ruangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh bakal-bakal pelabur demi memastikan tiada kekeliruan dan salah faham tentang jaminan keselamatan dan ketelusan suatu transaksi itu berlaku seperti yang terkandung dalam aturan KWSP dan Bank Negara. 


Wang caruman kita dalam KWSP adalah terbahagi kepada 2 iaitu 70% akan dikreditkan ke dalam akaun 1 dan baki 30% lagi akan masuk ke dalam akaun 2. Contoh penyata di bawah ini menunjukkan bagaimana caruman KWSP kita akan diasingkan mengikut akaun 1 dan 2. 





KWSP telah menetapkan bahawa setiap akaun 1 dan 2 ini mempunyai peraturan pengeluaran yang berbeza antara satu sama lain sebagaimana berikut:

Pengeluaran akaun 1 :
1) Kematian
2) Hilang upaya
3) Meninggalkan negara
4) Pesara pilihan
5) Bayaran tambahan pencen
6) Cukup umur persaraan 50 tahun atau 55 tahun
7) Pengeluaran simpanan melebihi 1 juta
8) Pelaburan unit amanah

Pengeluaran akaun 2: 1) Membeli/membina rumah pertama dan ke-2
2) Mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan pertama & ke-2
3) Menyambung pengajian/pendidikan
4) Bil-bil perubatan/kesihatan
5) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

Perlu anda faham di sini bahawa tiada perkaitan di antara pengeluaran anda untuk akaun 1 atau akaun 2 sebagaimana berikut:

1)Tiada masalah untuk membuat pengeluaran di antara akaun 1 dan 2 secara serentak kerana tujuannya tetap berbeza. Sebagai contoh, sekiranya anda merancang untuk membuat pengeluaran akaun 2 bagi membuat pembelian rumah, pada masa yang sama juga anda dapat mengeluarkan wang dari akaun 1 anda untuk membuat pelaburan dalam saham amanah.

2)Pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan unit amanah tidak sedikitpun mengurangkan jumlah wang anda dalam akaun 2 kerana amaun pelaburan anda hanya ditolak dari amaun yang terdapat dalam akaun 1 sahaja.

3)Setiap pengeluaran untuk pelaburan unit amanah tidak sedikit pun menjejaskan caruman anda ke dalam akaun 1 & 2 pada caruman berikutnya kerana polisi caruman KWSP adalah tetap iaitu 70%:30%. Kiraan jumlah amaun untuk pengeluaran pelaburan unit amanah adalah berdasarkan wang yang terdapat dalam akaun 1 sahaja yang ada pada masa pengeluaran dibuat dan bukan daripada kesuluruhan amaun yang ada bagi kedua-dua akaun tersebut.

4)Sekiranya anda menjual semua unit amanah yang anda labur sebelumnya dengan menggunakan wang KWSP, semua syarikat-syarikat unit amanah ini akan mengkreditkan semula semua wang tersebut termasuk keuntungan modal serta dividen yang diberi ke dalam akaun 1 and dan bukan dibahagi 70% : 30% kerana ianya langsung tidak berkait dengan akaun 2 anda. Sebagai tambahan, anda juga tidak layak untuk mengeluarkan dalam bentuk tunai segala keuntungan dari pelaburan itu melainkan anda cukup umur pencen 50 tahun atau 55 tahun atau anda termasuk dalam 8 kategori jenis pengeluaran akaun 1 yang dinyatakan di atas.

Diharapkan huraian di atas akan menghilangkan salah faham terhadap konsep pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan unit amanah. Tentunya anda amat mengharapkan pelaburan yang menguntungkan kerana tiada seorang pun (termasuklah saya) yang melabur untuk rugi.

Strategi terbaik dalam pelaburan unit amanah bagi pulangan yang paling tinggi pada kadar risiko yang paling rendah ialah MASA. Bukti jelas menunjukkan pulangan bagi suatu pelaburan dalam suatu jangkamasa yang lebih panjang akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi pada kadar risiko kerugian yang paling rendah. Sebagai contoh, di bawah ini adalah contoh pulangan dana unit amanah dalam syarikat Public Mutual bagi tempoh pelaburan 5 tahun.
1) Dana Public Ittikal : 76.36% (10 tahun - 223.19%) 2) Dana Public Islamic Equity : 81.77% 3) Dana Public Islamic Opportunity : 120.87% 4) Dana Public Islamic Dividend : 88.65%

Bagi contoh dana yang baru dan belum mencapai 5 tahun adalah berdasarkan pencapaian 3 tahun seperti berikut:

1) Dana Public Islamic Sector Select : 47.76%
2) Dana Public Islamic Select Treasures : 34.50%

Pengeluaran wang anda untuk pelaburan unit amanah bukanlah bermaksud ingin menjadikan anda seorang yang tamak dan tidak bersyukur dengan pulangan KWSP 5%~6% itu malahan sekiranya diletakkan wang RM100 di tangan kanan & RM50 di tangan kiri anda dan anda tetap memilih RM50, kami tetap menghormati keputusan anda kerana itulah etika yang mesti diamalkan oleh mana-mana wakil syarikat yang dilantik secara sah dan bertauliah.

Semoga ianya bermanfaat bagi pelabur, bakal pelabur dan anda semua. 


Sumber: Alqorni