Tuesday 26 February 2013

Pelaburan Unit Amanah: Baik Atau Buruk?

Assalam sahabat semua,

Kali neh, jom kita sembang2 mengenai bagaimanakah caranya untuk kita membuat pelaburan dalam unit amanah.

 Secara ringkasnya, terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ini iaitu :
1. Lump sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)

1.   Lum sum
Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000  atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.

2.    Regular Saving
Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.

Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.

3.   KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :

  • Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
  • Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
  • Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
  • Minimum setiap pelaburan RM1000
Jadi, sekiranya anda maseh berminat untuk membuat pelaburan  dalam unit amanah, hubungilah consultan @ perunding2 sahabat semua...

Selamat Melabur...(^_^)...

Sunday 24 February 2013

Pelaburan Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi



Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

Pecahan Unit Amanah Saham di Bursa Malaysia
Hanya 14% dari jumlah keseluruhan pelaburan di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

Manfaat Unit Amanah Saham terhadap Inflasi
Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

Di bawah ini adalah ilustrasi perbandingan pulangan pelaburan berjumlah RM1,000,000 yang dismpan atau dilaburkan di dalam Akaun Simpanan Tetap dan Unit Amanah Saham.

Pelaburan
RM1,000,000
Akaun
Simpanan Tetap
(RM)
Unit Amanah Saham
(RM)
Tempoh pelaburan
(Tahun)
Jika, Pulangan = 4%
Dan, Inflasi = 3%
Jadi, adjusted rate =
= (4–3)% / 1+3%
= 0.9709 %
Jika, Pulangan = 10%
Dan, Inflasi = 3 %
Jadi, adjusted rate =
= (10-3)% / 1+3%
= 6.7961%
Jika, Pulangan = 15%
Dan, Inflasi = 3 %
Jadi, adjusted rate =
= (15-3)% / 1+3%
= 11.6505%
1
1,009,798
1,067,961
1,116,505
2
1,019,512
1,140,541
1,246,583
3
1,029,411
1,218,052
1,391,816
5
1,049,497
1,389,239
1,735,015
10
1,101,443
1,929,985
3,010,279
15
1,155,961
2,749,800
5,222,880

Purata kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah pada aras 3.60%1, dan dijangkakan kadar inflasi pada tahun 2007 akan berada pada aras 2.50% – 3.00%.

Merujuk kepada kadar inflasi tahunan pada bulan Mac 2006 yang pernah mencecah 4.80%2, Profesor Dr. Mohamed Ariff dari MIER (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia), dalam artikelnya merumuskan bahawa dengan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar faedah perbankan (Simpanan Tetap), akan menyebabkan pulangan sebenar adalah negatif. Oleh itu, pelaburan Unit Amanah Saham adalah pilihan yang lebih baik.3


Nota :
1. Sumber : The Edgedaily, 16 April 2007, “Ecnomics Watch : Inflation Is Still A Risk”.

2. Sumber : Business Times, 20 April 2006, “March Inflation Leaps On High Transport Costs”.

3. Sumber :The Star, 20 Mac 2006, “Unit Trusts An Attractive Option For Savers”.


Tuesday 19 February 2013

Manfaat melabur dalam unit amanah

Assalam sahabat semua,

Terdapat beberapa manafaat bila kita melabur dalam unit amanah neh, antaranya seperti yg saya senaraikan dibawah neh,


1) Pengurusan Dana Secara Profesional
Unit Amanah diuruskan oleh para profesional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.

2) Kepelbagaian
Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko kemeruapan.

3) Pertumbuhan Modal / Aliran Pendapatan
Unit Amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.

4) Kecairan
Unit Amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari.

5) Kemudahan dan Kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM 1 000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM 100.

6) Pendedahan Pelaburan
Unit Amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan.

7) Jaminan Pengawalan
Unit Amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

8) Manfaat Pulangan Berganda
Unit Amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa. Semakin lama tempoh masa anda menyimpan, semakin besar pertumbuhannya.

Wednesday 13 February 2013

Pengenalan Kepada Unit Trust @ Saham Amanah



Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat semua,

Kepada individu yang baru mula berjinak-jinak dengan pelaburan, saya cadangkan supaya anda melabur dalam Unit Amanah. Mari kita fahami bersama apa yang dimaksudkan dengan Unit Amanah atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Unit Trust atau di sesetengah negara seperti US disebut Mutual Fund.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.

Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscash dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value ” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTM setiap hari.

Pulangan / ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan/dividen’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split).

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur / membeli saham ‘blue chip’ yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain2 lagi.). Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.