Sunday, 24 February 2013

Pelaburan Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi



Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

Pecahan Unit Amanah Saham di Bursa Malaysia
Hanya 14% dari jumlah keseluruhan pelaburan di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

Manfaat Unit Amanah Saham terhadap Inflasi
Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

Di bawah ini adalah ilustrasi perbandingan pulangan pelaburan berjumlah RM1,000,000 yang dismpan atau dilaburkan di dalam Akaun Simpanan Tetap dan Unit Amanah Saham.

Pelaburan
RM1,000,000
Akaun
Simpanan Tetap
(RM)
Unit Amanah Saham
(RM)
Tempoh pelaburan
(Tahun)
Jika, Pulangan = 4%
Dan, Inflasi = 3%
Jadi, adjusted rate =
= (4–3)% / 1+3%
= 0.9709 %
Jika, Pulangan = 10%
Dan, Inflasi = 3 %
Jadi, adjusted rate =
= (10-3)% / 1+3%
= 6.7961%
Jika, Pulangan = 15%
Dan, Inflasi = 3 %
Jadi, adjusted rate =
= (15-3)% / 1+3%
= 11.6505%
1
1,009,798
1,067,961
1,116,505
2
1,019,512
1,140,541
1,246,583
3
1,029,411
1,218,052
1,391,816
5
1,049,497
1,389,239
1,735,015
10
1,101,443
1,929,985
3,010,279
15
1,155,961
2,749,800
5,222,880

Purata kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah pada aras 3.60%1, dan dijangkakan kadar inflasi pada tahun 2007 akan berada pada aras 2.50% – 3.00%.

Merujuk kepada kadar inflasi tahunan pada bulan Mac 2006 yang pernah mencecah 4.80%2, Profesor Dr. Mohamed Ariff dari MIER (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia), dalam artikelnya merumuskan bahawa dengan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar faedah perbankan (Simpanan Tetap), akan menyebabkan pulangan sebenar adalah negatif. Oleh itu, pelaburan Unit Amanah Saham adalah pilihan yang lebih baik.3


Nota :
1. Sumber : The Edgedaily, 16 April 2007, “Ecnomics Watch : Inflation Is Still A Risk”.

2. Sumber : Business Times, 20 April 2006, “March Inflation Leaps On High Transport Costs”.

3. Sumber :The Star, 20 Mac 2006, “Unit Trusts An Attractive Option For Savers”.


No comments:

Post a Comment