Wednesday 13 February 2013

Pengenalan Kepada Unit Trust @ Saham Amanah



Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat semua,

Kepada individu yang baru mula berjinak-jinak dengan pelaburan, saya cadangkan supaya anda melabur dalam Unit Amanah. Mari kita fahami bersama apa yang dimaksudkan dengan Unit Amanah atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Unit Trust atau di sesetengah negara seperti US disebut Mutual Fund.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.

Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscash dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value ” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTM setiap hari.

Pulangan / ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan/dividen’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split).

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur / membeli saham ‘blue chip’ yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain2 lagi.). Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.


No comments:

Post a Comment