Wednesday 28 August 2013

Keraguan tentang pengeluaran KWSP untuk pelaburan unit amanah

Ramai yang berminat untuk mengambil peluang melabur dalam unit amanah (unit trust) syarikat-syarikat swasta sama ada Public Mutual, Cimb, Aminvestment, OSK, MAAKL Mutual dan lain-lain lagi dengan mengeluarkan wang dari KWSP. 

Walau bagaimanapun masih ramai yang kurang jelas tentang bagaimana transaksi keluar masuk wang dari KWSP itu berlaku menyebabkan timbul rasa takut duit hilang, duit hangus, ditipu, rugi terus dan sebagainya. Adalah amat baik kiranya ruangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh bakal-bakal pelabur demi memastikan tiada kekeliruan dan salah faham tentang jaminan keselamatan dan ketelusan suatu transaksi itu berlaku seperti yang terkandung dalam aturan KWSP dan Bank Negara. 


Wang caruman kita dalam KWSP adalah terbahagi kepada 2 iaitu 70% akan dikreditkan ke dalam akaun 1 dan baki 30% lagi akan masuk ke dalam akaun 2. Contoh penyata di bawah ini menunjukkan bagaimana caruman KWSP kita akan diasingkan mengikut akaun 1 dan 2. 





KWSP telah menetapkan bahawa setiap akaun 1 dan 2 ini mempunyai peraturan pengeluaran yang berbeza antara satu sama lain sebagaimana berikut:

Pengeluaran akaun 1 :
1) Kematian
2) Hilang upaya
3) Meninggalkan negara
4) Pesara pilihan
5) Bayaran tambahan pencen
6) Cukup umur persaraan 50 tahun atau 55 tahun
7) Pengeluaran simpanan melebihi 1 juta
8) Pelaburan unit amanah

Pengeluaran akaun 2: 1) Membeli/membina rumah pertama dan ke-2
2) Mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan pertama & ke-2
3) Menyambung pengajian/pendidikan
4) Bil-bil perubatan/kesihatan
5) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

Perlu anda faham di sini bahawa tiada perkaitan di antara pengeluaran anda untuk akaun 1 atau akaun 2 sebagaimana berikut:

1)Tiada masalah untuk membuat pengeluaran di antara akaun 1 dan 2 secara serentak kerana tujuannya tetap berbeza. Sebagai contoh, sekiranya anda merancang untuk membuat pengeluaran akaun 2 bagi membuat pembelian rumah, pada masa yang sama juga anda dapat mengeluarkan wang dari akaun 1 anda untuk membuat pelaburan dalam saham amanah.

2)Pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan unit amanah tidak sedikitpun mengurangkan jumlah wang anda dalam akaun 2 kerana amaun pelaburan anda hanya ditolak dari amaun yang terdapat dalam akaun 1 sahaja.

3)Setiap pengeluaran untuk pelaburan unit amanah tidak sedikit pun menjejaskan caruman anda ke dalam akaun 1 & 2 pada caruman berikutnya kerana polisi caruman KWSP adalah tetap iaitu 70%:30%. Kiraan jumlah amaun untuk pengeluaran pelaburan unit amanah adalah berdasarkan wang yang terdapat dalam akaun 1 sahaja yang ada pada masa pengeluaran dibuat dan bukan daripada kesuluruhan amaun yang ada bagi kedua-dua akaun tersebut.

4)Sekiranya anda menjual semua unit amanah yang anda labur sebelumnya dengan menggunakan wang KWSP, semua syarikat-syarikat unit amanah ini akan mengkreditkan semula semua wang tersebut termasuk keuntungan modal serta dividen yang diberi ke dalam akaun 1 and dan bukan dibahagi 70% : 30% kerana ianya langsung tidak berkait dengan akaun 2 anda. Sebagai tambahan, anda juga tidak layak untuk mengeluarkan dalam bentuk tunai segala keuntungan dari pelaburan itu melainkan anda cukup umur pencen 50 tahun atau 55 tahun atau anda termasuk dalam 8 kategori jenis pengeluaran akaun 1 yang dinyatakan di atas.

Diharapkan huraian di atas akan menghilangkan salah faham terhadap konsep pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan unit amanah. Tentunya anda amat mengharapkan pelaburan yang menguntungkan kerana tiada seorang pun (termasuklah saya) yang melabur untuk rugi.

Strategi terbaik dalam pelaburan unit amanah bagi pulangan yang paling tinggi pada kadar risiko yang paling rendah ialah MASA. Bukti jelas menunjukkan pulangan bagi suatu pelaburan dalam suatu jangkamasa yang lebih panjang akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi pada kadar risiko kerugian yang paling rendah. Sebagai contoh, di bawah ini adalah contoh pulangan dana unit amanah dalam syarikat Public Mutual bagi tempoh pelaburan 5 tahun.
1) Dana Public Ittikal : 76.36% (10 tahun - 223.19%) 2) Dana Public Islamic Equity : 81.77% 3) Dana Public Islamic Opportunity : 120.87% 4) Dana Public Islamic Dividend : 88.65%

Bagi contoh dana yang baru dan belum mencapai 5 tahun adalah berdasarkan pencapaian 3 tahun seperti berikut:

1) Dana Public Islamic Sector Select : 47.76%
2) Dana Public Islamic Select Treasures : 34.50%

Pengeluaran wang anda untuk pelaburan unit amanah bukanlah bermaksud ingin menjadikan anda seorang yang tamak dan tidak bersyukur dengan pulangan KWSP 5%~6% itu malahan sekiranya diletakkan wang RM100 di tangan kanan & RM50 di tangan kiri anda dan anda tetap memilih RM50, kami tetap menghormati keputusan anda kerana itulah etika yang mesti diamalkan oleh mana-mana wakil syarikat yang dilantik secara sah dan bertauliah.

Semoga ianya bermanfaat bagi pelabur, bakal pelabur dan anda semua. 


Sumber: Alqorni

No comments:

Post a Comment