Thursday, 29 August 2013

Kesan kompaun pelaburan

Sesiapa sahaja pun membuat pelaburan untuk menjana pertumbuhan kewangan. Selain daripada pulangan modal, dividen dan bonus, pelabur juga menjana lebih kewangan hasil daripada kesan kompaun dalam pelaburan. Dalam analogi mudah, kesan kompaun bolehlah diumpamakan sebagai pohon buah-buahan. Sekiranya disiram, dibaja dan dijaga dengan rapi secara berterusan, maka lama-kelamaan ia akan bertambah subur dan menghasilkan buah yang banyak.

Oleh yang demikian, lebih awal seseorang itu melabur, maka lebih banyaklah manfaat kesan kompaun yang diterima. Sebagai contoh, jika Ali menyimpan RM1,000 setiap tahun pada usia 18 tahun hingga 27 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus setahun, simpanannya akan mencapai RM98,294 pada usia 55 tahun.

Ini bermakna dengan modal simpanan RM10,000, Ali telah menikmati pulangan sebanyak RM88,294 hasil kesan kompaun pelaburan!

Berbanding Abu yang mula menyimpan pada usia 28 tahun, dengan jumlah simpanan RM1,000 setiap tahun selama 28 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus, simpananya mencecah RM86,347 pada usia 55 tahun. Dengan modal simpanan RM28,000, pulangan pelaburan Abu hanya berjumlah RM58,347.

Walaupun modal simpanan Abu lebih banyak daripada Ali, nilai simpanan Ali tetap jauh lebih tinggi disebabkan menyimpan pada usia muda. Inilah kelebihan ketara membuat pelaburan di awal usia, ‘dibantu’ pula oleh kesan kompaun dalam jangka masa panjang. Bak kata pepatah Inggeris, ‘the early bird catches the worm’. Siapa cepat dia dapat. :)
NOTA : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana untuk membuat pelaburan dengan betul dan sistematik, boleh hubungi saya.

No comments:

Post a Comment