Friday, 20 September 2013

Pertanyaan mengenai Unit Saham Amanah @ Unit Trust

UTC: Assalam Sis

Potential Investor: W'kmslm.

UTC: Sis keje shift apa mngu neh?

Potential Investor: Kje pg..

UTC: Sis cuti hari apa mngu neh?

Potential Investor: Sbtu. Npe

UTC: Nak ajak dating....

Potential Investor: erk...dating???

UTC: Aik...marah?

UTC: (*_^)

Potential Investor: (^o^)

UTC: He he he

UTC: Gurau la

UTC: Saya nak sembang pasal investment dalam unit trust ngan Sis....bleh guna cash or dana dari akaun 1 kwsp...Potential Investor: Ape tu

UTC: Pelaburan...dalam unit amanah saham....bleh guna cash atau akaun 1 kwsp...

Potential Investor: Mcmne tu

UTC: Pelaburan dalam unit amanah saham neh utk pelaburan jangka sederhana atau panjg...jangkamasa sederhana antara 3 hingga 5 tahun...jangka masa panjang plak lebih dari lima tahun...

Cara pelaburan ada 2...samaada guna cash (minimum seribu) atau keluarkan 20% dari akaun 1 kwsp....
Pulangan @ dividen bergantung kpd fund mane duit dilaburkan... utk unit trust,puratanya pulangan antara 10 hingga 15 peratus....ade jugak yg lebih...

Contohnya, dgn pelaburan minima rm1000,tambahan pelaburan sebanyak rm100 setiap bulan,dan anggaran dividen 10%,selama 5 tahun,selepas tahun ke 5 jumlah pelaburan terkumpul adalah  rm8336....

Potential Investor: Duit tu lbur ke mne?

UTC: Labur dalam unit saham amanah @ unit trust...Saya buat unit trust consultant...

Potential Investor: Ermm..xphm...mcm asb loan tu ke

UTC: Unit trust bukan loan ...loan tuh pinjaman...yg kene bayar balik...Unit trust neh pelaburan...yg bg dividen setiap tahun...

Potential Investor: Ok..tp cm sme je? huhu...mksd nye just lbur 1k utk 5 thn then dpt 8336?

Potential Investor: Duit kte lbur tu diorg gne utk ape?

UTC: Diaorg guna utk pelaburan gak...dlm kaunter2 syariah base....Setiap dana ada kuota...kalau kuota penuh kene masuk dalam dana lain...Pembetulan utk pemahaman Sis, pelaburan awal 1000 bersama tambahan pelaburan 100 setiap bulan utk jumlah 8336 tuh...maksudnya ada tambahan pelaburan utk setiap bulan lar...

Potential Investor: (^_^)

Potential Investor: Xpe la..Sy dok byr loan ni..huhu

UTC: Loan asb?

UTC: Brape byr sebulan?

Potential Investor: Asb.bnk rkyt.tbung hji...

UTC: Tbung haji loan apa Sis?

Potential Investor: Xla..ptong gji..nti ckup leh g hji..dh dftr hji dh

UTC: Erm...takpe Sis...komitment bulanan tuh teruskan...ada kebaikannya tuh...

Yg Saya nak share neh perancangan utk masa depan gak...pelaburan menggunakan dana kwsp akaun 1...Dari akaun satu neh pun bukan dikeluarkan semua...ada sejumlah tertentu jek...cthnya,kalau Sis ada 30k dalam akaun 1,kwsp menetapkn jumlah yg mesti ada dalam akaun adalah 24k,so,jumlah yg boleh dikeluarkan hanyalah 20% dr 6k (30k - 24k)...

Potential Investor: Sis dftr tbg hji gna kwsp..

UTC: 1 fakta knpe kwsp allows main unit trus...pasal kwsp bukan agent niaga atau badan peniaga..sbb nak bantu rakyat dia allow tuk main unit trust n unit trust yang di allow tu lak mesti berpotensi utk bantu rakyat..sbb dlm fund tu pun kwsp main share tu..pnb joint share tu..

UTC: Rm3k kan?

Potential Investor: Xthu la..dftr je..

UTC: Erk...pastu,dia tolak brape dari akaun kwsp Sis tak tau ea?

Potential Investor: Yg tu dftr je..tp bln2 ptg gji..ats pd kta nk ptg bp

UTC: Yup...btl....kalau ikut kelayakan pengeluaran,utk tabung haji bleh kuarkn 3k...Sama gak ada allocation utk pelaburan unit saham amanah...

Potential Investor: Xpe la..byk sgt nk kne byr..huhu

UTC: (^_^)...kalau pengeluaran akaun 1 kwsp takde lar guna cash Sis...takde usik pun komitmen bulanan Sis tuh...Perbandingan dia umpama simpanan di 2 bank yg berbeza r,satu bank bg dividen 3%, satu bank lg bg dividen 10%...

Potential Investor: Bkn pe..mls nk kco kwsp tu..lg plk x ykin duit tu lbur kemana..plburan hlal ke x je..huhu

UTC: (^_^)....kalau tak halal takde lar Saya cadangkn qis....Saya pun islam gak...takkan Saya nak cadangkn join pelaburan yg syubhah...dana pelaburan dikawalselia oleh lmbaga syariah...dana pelaburan islam... Kene btlkn istilah "kco" tuh Sis...duit yg dikeluarkn tuh bukan hilang...tapi dilaburkan semula utk diperbanyakkan lg sebagai simpanan masa depan...fund dari akaun 1 tuh kalau kuarkan pon kita tak boleh dpt cash...bila dah matang dia akan disimpan semula dalam akaun 1 kwsp....

Potential Investor: Yke mcmtu..hmm..bg mse sy pk dlu cmne

UTC: Umo Sis brape ea?

UTC: 24 kan?

Potential Investor: 25

UTC: kalau 25thn, jumlah yg perlu ada dalam akaun 1 sekurang2nye 9k...9k neh tokleh dikeluarkan...

Contoh pengiraannya, katakan lar dalam akaun 1 sis ada 15k, jumlah asa yang perlu ada dalam akaun 2 adalah 9k, so, jumpalh yg boleh dikeluarkan untuk

pelaburan dalam unit trust cuma RM1200 jek...((15000 - 9000)x20%)

Dengan RM1200 neh, kalau kita laburkan dalam unit trust yg memberikan pulangan sebanyak 10% setahun selama 5 tahun, pada akhir tahun ke 5 nnt jumlah

pelaburan akan menjadi RM1932.61, setelah dicampur dividen...

So, sis pk dulu, kalau dah ada jawapan nnt roger balik lar...(^_^)...

Nota: Perbualan diatas adalah perbualan diantara sya dengan salah seorang potential investor. Alhamdulillah, belaiu telah menghubungi saya semula untuk memulakan pelabuam dalam Unit Amanah Saham...

Tuesday, 10 September 2013

Soal jawab berkaitan unit amanah saham

BAGI membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pelaburan unit saham amanah, di bawah ini disenaraikan antara soalan cadangan yang anda patut tanya kepada ejen anda sebelum membuat keputusan pelaburan.

Soalan: Adakah dana unit amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti?

Jawapan: Semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau lawati laman web SC di http://www.sc.com.my.

Soalan: Berapa lama syarikat unit amanah itu beroperasi? Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan?

Jawapan: Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesuatu syarikat unit amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana terbabit. Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka.

Soalan: Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko saya?
Jawapan: Penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda menghadapi risiko.Misalnya, jika anda mahu pendapat yang konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan konsisten.
 

Soalan: Apa yang berlaku kepada wang yang saya laburkan dalam dana berkenaan? Di manakah wang itu akan dilaburkan?
Jawapan: Pelabur perlu mengetahui dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi langsung ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk pelaburan berisiko tinggi, dana unit amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.

Soalan: Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang saya laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?
Jawapan: Anda juga boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria yang sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain.

Soalan: Bagaimana saya boleh membuat keuntungan (modal dan dividen) daripada dana ini?
Jawapan: Jika anda melabur dalam unit amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk keuntungan modal atau dividen. Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.

Soalan: Adakah saya perlu membayar sebarang bayaran atau caj?
Jawapan: Setiap pelaburan mempunyai kos dan melabur dalam dana unit amanah tidak terkecuali. Ejen anda mesti menjelaskan semua ini kepada anda.

Soalan: Jika saya mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkah saya menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?
Jawapan: Pelabur unit amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana terbabit dalam masa “tempoh bertenang”.

Soalan: Jika saya mahukan wang semula dengan segera, mudahkah saya menjualkan dana itu? Berapa lama saya mesti menunggu sebelum saya boleh mendapatkan wang saya semula?
Jawapan: Unit amanah ialah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen dan menyerahkan notis penebusan untuk menebus kembali unit anda dan mendapatkan wang anda.

Soalan: Adakah saya akan mendapat apa-apa penyata berkaitan status pelaburan saya daripada syarikat pengurusan?
Jawapan: Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda.

Soalan: Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana tersebut?
Jawapan: Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana unit amanah terdapat dalam prospektus dan laporan tahunannya.

Nota: Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, http://www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.

Selingan: Kisah Ketika Menghabiskan Hari Tua


(Perkongsian daripada seorang sahabat)
Saya nak sangat berkongsi kisah ini. Kisah yang amat menarik dan mesti dijadikan tauladan. Dan agaknya kisah ini sudah berulang kali didengari oleh anda tetapi hakikatnya ia tetap juga berlaku di kalangan ahli keluarga, rakan taulan dan kenalan anda. Mungkin juga pernah berlaku di depan kita. Ada seorang Pakcik Haji yang telah pun bersara (berumur lewat 50-an) sambil menikmati hidup hari tua mereka. Hidup mereka suami isteri boleh dikategorikan sebagai selesa, tiada tanggungan kerana anak-anak semuanya telah berkeluarga, ada pencen yang nilainya separuh dari gaji mati setelah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun (katakanlah gaji mati RM8000 maka pencen mereka sekarang adalah RM4000 sebulan) dan apa yang lebih dinikmati adalah hasil renungan jauh ketika mereka masih muda, menjadi tuan rumah kpd 4 buah rumah yang disewakan. Saya rasa kesemua rumah itu telahpun habis dibayar. Saya sungguh respect mengenai pelaburan yang dibuat. Pelaburan hartanah. Katalah sebuah rumah disewa dengan harga RM1000, maka jumlah sewaan kesemuanya RM4000.
Pak Haji ni tiada pelaburan lain, kalau ada pun di dalam Tabung Haji belen-belen (balance) duit simpanan untuk pergi Mekah dulu. Tetapi Pak Haji ni banyak pulak simpanan di dalam bank biasa. Mungkin duit ihsan anak-anak dan juga lebihan cashflow bulanan. Saya fikir jika duit simpanan tersebut jika dilaburkan dalam unit amanah (unit trust) sudah tentu lebih baik, pengagihan (dividend) dari unit amanah sahaja boleh memberikan pulangan purata 5% hingga 10% setahun. Tiada apa yang rugi. Contoh yang paling mudah, katakanlah dia melabur RM120,000 ke dalam unit amanah dengan pulangan 10% setahun, maka setiap tahun beliau akan memperolehi RM12,000 secara percuma, bermaksud setiap bulan beliau ada income extra sebanyak RM1000 sebulan. Bayangkanlah jika jumlah yang dilaburkan adalah RM1,200,000 (RM1.2 juta), beliau akan mempunyai RM120,000 setiap tahun, income extra RM10,000 setiap bulan!!! Hebat bukan?. Itulah yang dibuat oleh orang-orang yang kaya (dilahirkan kaya) dan itu juga dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi celik tentang kewangan (financial).
Berbalik semula pada cerita Pak Haji ini, sungguh malang kerana beliau tidak mahu melabur dalam unit amanah. Sebenarnya beliau kata beliau langsung tidak percaya kepada apa-apa jenis pelaburan selain dari pelaburan rumah sewanya. Kiranya beliau ini sangat lah konservatifnya. Bayangkan setelah dipujuk oleh anak sendiri (seorang Perunding Unit Amanah) masih juga tetap dengan pendiriannya. “Tidak! Aku tak percaya pada labur-labur nih..aku takut rugi!” kata Pak Haji.
Tetapi inilah klimaks ceritanya. Baru-baru ini saya terima berita yang mengatakan bahawa Pak Haji ini telah lebur wangnya sebanyak RM20,000 (tunai) akibat skim Gores dan Menang. Terkejut dan sedih saya. Nak saja saya bertemu dengan 2 orang yang berjaya yakinkan Pak Haji untuk masuk skim ini, dan ajak dorang join team saya. Bagus sungguh dorang ni! (dalam bab meyakinkan pelanggan aje..)
Apa pengajaran yang anda nampak?
Kita percaya Tuhan yang memberikan kita rezeki. Allah Maha Memberi dan Allah Maha Pemberi Rezeki (Ya Wahhab, Ya Rozzaq). Jawapan Pak Haji untuk sedapakan hatinya “Nak buat macam mana, bukan rezeki kita, redha ajelah.”  Tetapi itulah yang menjadi ironinya, jika kita percaya rezeki kita terletak di tangan Allah; maka TIADA APA YANG PERLU KITA TAKUTKAN JIKA IA AKAN HILANG ATAU RUGI. Jika sudah tertulis rezeki  (dalam kes ini: “wang”) tidak akan hilang jika beliau laburkan dalam unit amanah suatu masa dahulu, maka ia tidak akan hilang. Sebaliknya jika sudah tertulis jika wang tersebut akan hilang walaupun Pak Haji simpan dalam peti besi yang tertanam dalam konkrit 5 kaki dari paras laut pun, ia akan tetap hilang.
Maksudnya di sini pelaburan unit amanah yang kita buat itu adalah IKHTIAR kita untuk mendapat rezeki lebih; jika kita REDHA dan TAWAKKAL bahawa keuntungan itu sudah tertulis bagi kita, kenapa perlu takut?.

Monday, 9 September 2013

Strategi dan Konsep Melabur (Pemurataan Kos Ringgit /Ringgit Cost Averaging(RCA))


Apa itu RCA?

“Pemurataan kos ringgit” merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.

Bagaimana melaksanakan RCA?

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada secara bulanan (Direct Debit Instruction) atau suku tahunan (pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Direct Debit Instruction sebanyak RM200 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan (3 bulan) mengikut jumlah yang layak seperti RM1,000 atau RM5,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.

Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:


Bulan   Jumlah Pelaburan (RM)   Harga seunit (RM)    Jumlah unit-unit dibeli
Jan 1,000 0.2256 4432.624113
Feb 1,000 0.2156 4638.218924
Mar 1,000 0.2226 4492.362983
Apr 1,000 0.2011 4972.650423
May 1,000 0.1981 5047.955578
Jun 1,000 0.1899 5265.929437
Jul 1,000 0.1755 5698.005698
Aug 1,000 0.1656 6038.647343
Sep 1,000 0.1587 6301.197227
Oct 1,000 0.1666 6002.40096
Nov 1,000 0.1769 5652.911249
Dec 1,000 0.2168 4612.546125

Jumlah    12,000                                                         63,155.45


Keputusan                       RM
Purata harga seunit         0.1928
Purata Kos seunit             0.1900
Nilai harga terkini            0.2168
Nilai pelaburan terkini       13692.10
Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, iaitu 1% kurang dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM 12,000 secara RCA adalah sebanyak 63115.45 berbanding dengan jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ sebanyak RM 12,000 adalah sebanyak 53191.49 unit yang dibeli dengan harga RM 0.2256/unit pada bulan Januari. Ini baru pelaburan untuk setahun.

Sudahkah anda melaksanakan RCA? 

Hubungi saya sekarang untuk membuat pelaburan Unit Trust anda! Ini adalah masa yang terbaik untuk memulakan langkah mengubah masa depan kewangan anda.

Unit Amanah Saham: Kategori Pelabur

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran. Tindakan yang kita lakukan untuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. 

Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-

(1) Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut. Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. 


Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

(2) Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun). Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. 


Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

(3) Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan. Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.
 

Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.


Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000

Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820

Namun, dicinilahlah agent unit amanah saham pelabur memainkan peranan, samaada menjadikan seseorang pelabur itu seorang pelabur kurang bijak, pelabur bijak atau pelabur paling bijak. Mereka sepatutnya pandai memanipulasi harga pasaran semasa bagi memastikan para pelabur mandapat faedah daripada setiap ringgit yang dilaburkan.