Monday, 9 September 2013

Unit Amanah Saham: Kategori Pelabur

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran. Tindakan yang kita lakukan untuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. 

Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-

(1) Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut. Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. 


Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

(2) Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun). Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. 


Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

(3) Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan. Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.
 

Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.


Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000

Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820

Namun, dicinilahlah agent unit amanah saham pelabur memainkan peranan, samaada menjadikan seseorang pelabur itu seorang pelabur kurang bijak, pelabur bijak atau pelabur paling bijak. Mereka sepatutnya pandai memanipulasi harga pasaran semasa bagi memastikan para pelabur mandapat faedah daripada setiap ringgit yang dilaburkan.

No comments:

Post a Comment