Tuesday, 10 September 2013

Selingan: Kisah Ketika Menghabiskan Hari Tua


(Perkongsian daripada seorang sahabat)
Saya nak sangat berkongsi kisah ini. Kisah yang amat menarik dan mesti dijadikan tauladan. Dan agaknya kisah ini sudah berulang kali didengari oleh anda tetapi hakikatnya ia tetap juga berlaku di kalangan ahli keluarga, rakan taulan dan kenalan anda. Mungkin juga pernah berlaku di depan kita. Ada seorang Pakcik Haji yang telah pun bersara (berumur lewat 50-an) sambil menikmati hidup hari tua mereka. Hidup mereka suami isteri boleh dikategorikan sebagai selesa, tiada tanggungan kerana anak-anak semuanya telah berkeluarga, ada pencen yang nilainya separuh dari gaji mati setelah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun (katakanlah gaji mati RM8000 maka pencen mereka sekarang adalah RM4000 sebulan) dan apa yang lebih dinikmati adalah hasil renungan jauh ketika mereka masih muda, menjadi tuan rumah kpd 4 buah rumah yang disewakan. Saya rasa kesemua rumah itu telahpun habis dibayar. Saya sungguh respect mengenai pelaburan yang dibuat. Pelaburan hartanah. Katalah sebuah rumah disewa dengan harga RM1000, maka jumlah sewaan kesemuanya RM4000.
Pak Haji ni tiada pelaburan lain, kalau ada pun di dalam Tabung Haji belen-belen (balance) duit simpanan untuk pergi Mekah dulu. Tetapi Pak Haji ni banyak pulak simpanan di dalam bank biasa. Mungkin duit ihsan anak-anak dan juga lebihan cashflow bulanan. Saya fikir jika duit simpanan tersebut jika dilaburkan dalam unit amanah (unit trust) sudah tentu lebih baik, pengagihan (dividend) dari unit amanah sahaja boleh memberikan pulangan purata 5% hingga 10% setahun. Tiada apa yang rugi. Contoh yang paling mudah, katakanlah dia melabur RM120,000 ke dalam unit amanah dengan pulangan 10% setahun, maka setiap tahun beliau akan memperolehi RM12,000 secara percuma, bermaksud setiap bulan beliau ada income extra sebanyak RM1000 sebulan. Bayangkanlah jika jumlah yang dilaburkan adalah RM1,200,000 (RM1.2 juta), beliau akan mempunyai RM120,000 setiap tahun, income extra RM10,000 setiap bulan!!! Hebat bukan?. Itulah yang dibuat oleh orang-orang yang kaya (dilahirkan kaya) dan itu juga dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi celik tentang kewangan (financial).
Berbalik semula pada cerita Pak Haji ini, sungguh malang kerana beliau tidak mahu melabur dalam unit amanah. Sebenarnya beliau kata beliau langsung tidak percaya kepada apa-apa jenis pelaburan selain dari pelaburan rumah sewanya. Kiranya beliau ini sangat lah konservatifnya. Bayangkan setelah dipujuk oleh anak sendiri (seorang Perunding Unit Amanah) masih juga tetap dengan pendiriannya. “Tidak! Aku tak percaya pada labur-labur nih..aku takut rugi!” kata Pak Haji.
Tetapi inilah klimaks ceritanya. Baru-baru ini saya terima berita yang mengatakan bahawa Pak Haji ini telah lebur wangnya sebanyak RM20,000 (tunai) akibat skim Gores dan Menang. Terkejut dan sedih saya. Nak saja saya bertemu dengan 2 orang yang berjaya yakinkan Pak Haji untuk masuk skim ini, dan ajak dorang join team saya. Bagus sungguh dorang ni! (dalam bab meyakinkan pelanggan aje..)
Apa pengajaran yang anda nampak?
Kita percaya Tuhan yang memberikan kita rezeki. Allah Maha Memberi dan Allah Maha Pemberi Rezeki (Ya Wahhab, Ya Rozzaq). Jawapan Pak Haji untuk sedapakan hatinya “Nak buat macam mana, bukan rezeki kita, redha ajelah.”  Tetapi itulah yang menjadi ironinya, jika kita percaya rezeki kita terletak di tangan Allah; maka TIADA APA YANG PERLU KITA TAKUTKAN JIKA IA AKAN HILANG ATAU RUGI. Jika sudah tertulis rezeki  (dalam kes ini: “wang”) tidak akan hilang jika beliau laburkan dalam unit amanah suatu masa dahulu, maka ia tidak akan hilang. Sebaliknya jika sudah tertulis jika wang tersebut akan hilang walaupun Pak Haji simpan dalam peti besi yang tertanam dalam konkrit 5 kaki dari paras laut pun, ia akan tetap hilang.
Maksudnya di sini pelaburan unit amanah yang kita buat itu adalah IKHTIAR kita untuk mendapat rezeki lebih; jika kita REDHA dan TAWAKKAL bahawa keuntungan itu sudah tertulis bagi kita, kenapa perlu takut?.

No comments:

Post a Comment