Ramai orang mungkin tertanya-tanya, kalau nak sediakan dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) atau nak simpan di Unit Trust (saham amanah)? Dua-dua agen Insurans dan Unit Amanah datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik? Mana satu lebih efisyen? Salah satu atau kedua-dua sekali?
Berikut merupakan sedikit panduan untuk ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.
PANDUAN 1 :
Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang. Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT sahaja, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang berstatus pelajar IPT.
Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya pelajar yang masuk IPTA, mereka akan meminjam antara RM 40 000 hingga RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta seperti Petronas, Uniten dll, pelajar akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, seorang sahabat saya meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sahabat saya itu menjamin adiknya untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak-anak di masa hadapan, 15 hingga 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.
Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah. Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan.
PANDUAN 2:
Bersikap realistik dengan jumlah simpanan Sedar dan wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Amanah, kalau anda simpan RM 50 sahaja sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama sahaja. Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. Jadi dari 1/3 ini, bahagikan/sediakan sedikit untuk keperluan pendidikan anak.
PANDUAN 3 :
Insurans atau Unit Amanah? Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yang lain.
Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa??? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah-tambah lagi kalau ada banyak rider macam premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge-charge rider tadi. Berbanding Unit Amanah, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Sudah tentu memang ada initial service charge tapi tidak tinggi sangat. Hanya sekitar 5%.
Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada pelabur. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Amanah, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sebab tidak ada medical card atau pampasan yg diberikan. Silap-silap anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 untuk anak setiap bulan akan terhenti. Jadi masa depan si anak akan terjejas.
KESIMPULAN:
Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Amanah untuk pelaburan.
Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa-apa pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans untuk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider seperti premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – RM 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.
Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda labur dalam Unit Amanah yang lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yang lain. Yang penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati. Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yang tidak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan : – medical card untuk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal – anda sendiri memiliki insurans dengan jumlah pampasan yang tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yang diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda. Bagi yang terbaik adalah, bahagikan 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan.
Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut. Sekian dahulu.