Tuesday, 11 June 2013

Apakah Perbezaan Pelaburan Unit Trust dengan Pelaburan Saham?

Pertama:
Pelaburan Unit Trust adalah salah satu bentuk pelaburan secara tidak langsung ke dalam saham dan lain-lain instrument kewangan manakala pelaburan saham adalah pelaburan secara langsung ke dalam saham.

Pelabur unit trust bukan pemegang saham. Pelabur unit trust hanya pemegang unit dana yang dilaburkan ke dalam saham-saham.

Oleh itu, pelabur unit trust bukanlah pemilik syarikat kerana mereka tidak memegang saham syarikat. Mereka hanya pemilik unit dana.

Kedua:

Pelaburan unit trust diuruskan oleh Pengurus Dan (Fund Manager). Pengurus dana yang akan membuat pilihan saham untuk dilabur. Pengurus dana ini adalah pengurus pelaburan yang berpengalaman, professional dan berkemahiran. Pelabur unit trust tidak boleh memilih saham mana untuk dilabur. Mereka hanya boleh meilih dana unit amanah untuk dilabur. Dalam erti kata lain, pelabur unit trust tidak memiliki kawalan secara langsung ke atas pelaburan mereka.

Pelabur saham boleh memilih saham mana untuk dilabur mengikut citarasa sendiri atas nasihat remiser dan sebagainya. Dalam erti kata lain, pelabur saham memiliki kawalan secara langsung ke atas pelaburan mereka.

Ketiga:

Melalui pelaburan unit trust, dengan modal serendah RM 1000, pelabur mampu melabur secara tidak langsung ke dalam saham-saham mewah dan sederhana dan memaksimumkan pendedahan pelaburan mereka. Harga seunit unit amanah juga tidak begitu mahal. Ada yang serendah RM0.25 seunit dan sebagainya. Dengan pendedahan pelaburan yang besar, risiko kerugian dapat dikurangkan dan peluang untuk menjana keuntungan adalah agak baik.

Melalui pelaburan saham, pelabur perlu memiliki modal yang besar untuk melabur ke dalam saham-saham mewah dan sederhana. Pendedahan pelaburan mereka juga agak terhad kerana harga seunit saham mewah dan sederhana agak tinggi. Walau bagaimanapun, peluang membuat keuntungan/kerugian melalui pelaburan saham adalah lebih singkat.

Keempat:

Pergerakan/perubahan harga unit amanah adalah agak perlahan. Oleh itu, pulangan tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Para pelabur perlu melabur sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk melihat keuntungan yang memuaskan.

Pergerakan/perubahan harga saham adalah pantas. Pulangan boleh dinikmati dalam masa yang singkat.
Akhir kata, jika anda ingin menikmati pulangan yang munasabah dalam jangka masa yang singkat, pelaburan unit trust tidak sesuai untuk anda. Unit trust adalah satu bentuk pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang munasabah dengan risiko yang berpatutan dalam jangka masa yang panjang. Jadi, bergantung kepada kepentingan anda, dan buatlah pilihan yang tepat untuk menjamin masa depan anda. (^_^) .

No comments:

Post a Comment