Monday, 10 June 2013

Apakah Unit Trust @ Unit Amanah Saham

Assalamualaikum semua,

Tahukah anda tahu apa itu Unit Trust?

Mari kita berkongsi sedikit maklumat mengenai unit trust!

Unit Trust ini bolehlah diibaratkan sebagai satu kumpulan wang yang dilaburkan oleh orang ramai (pemegang unit amanah) ke dalam satu tabung (fund). Tabung ini akan diuruskan oleh syarikat pengurusan pelaburan yang professional untuk dilaburkan ke dalam pelbagai jenis saham syarikat, bon, money market dan sebagainya.

Hasil keuntungan pelaburan tersebut akan diagih-agihkan semula kepada para pemegang unit pelaburan pada tarikh-tarikh tertentu.

Kelebihan Unit Trust:

• Pelaburan yang pelbagai (diversification).
• Professional - ditadbir urus oleh pengurus dana yang berpengalaman.
• Modal rendah - Pelaburan awal serendah RM1,000 sahaja.
• Selamat – dikawalselia oleh FIMM dan Suruhanjaya Sekuriti.
• Kecairan – Sedia untuk dijual pada bila-bila masa.
• Boleh melabur melalui KWSP

dan banyak lagi.

Pelaburan unit trust juga mengandungi risiko-risiko tertentu seperti juga pelaburan-pelaburan yang lain. Tapi, risiko-risiko tersebut insya Allah mampu dikawal jika agen dan pemegang unit memiliki ilmu yang diperlukan mengenai unit trust. Semua perkara memerlukan ilmu.

* Jika anda telah melabur ke dalam unit trust, anda masih boleh melabur bersama agen-agen unit trust yang lain walau pun dengan syarikat unit trust yang sama. Jika pelaburan tersebut dalam keadaan baik, kekalkanlah pelaburan tersebut kerana jumlah pelaburan tersebut akan diambil kira untuk anda sebagai pelabur unit trust istimewa selepas mencapai jumlah pelaburan tertentu. Fund yang anda sertai itu juga mungkin satu fund yang baik dan telah ditutup kerana penuh. Jadi, anda adalah seorang pelabur yang bernasib baik kerana sempat menyertai fund tersebut.

'Untuk pelaburan yang baru, anda boleh membina akaun yang baru bersama saya'.

* Ramai pelabur yang tidak berani melabur ke dalam unit trust kerana takut ditipu oleh agen unit trust, takut rugi dan sebagainya. Syarikat pelaburan unit trust sememangnya syarikat yang boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, semua pelaburan ada risikonya dan bergantung kepada kuasa dan keadaan pasaran.

Buang ketakutan anda mengenai pelaburan unit trust dengan mendapatkan maklumat yang secukupnya dan melaburlah bersama unit trust segera!

No comments:

Post a Comment