1. Akaun Simpanan.
Kelebihan
- Mudah dibuka dan dijaga.
- Keperluan minimum dan memang munasabah.
- Akses tunai adalah fleksibel.
Kekurangan;
- Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakan rancangan simpanan anda.
- Kadar Faedah yang agak rendah. Iaitu tidak melebihi daripada 1% setahun.
2.Deposit tetap (Fixed Deposit).
Kelebihan;
- Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan (3 % -4% setahun)
- Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.
Kekurangan;
- Kadar faedah mungkin kurang daripada kadar inflasi. Contohnya, kadar inflasi sekarang ialah 8% sedangkan kadar bunga ialah 3.5 %. Maknanya, anda akan masih mengalami kerugian sekiranya memilih pelaburan cara ini.
- Pengeluaran kurang fleksible.
3. Harta tanah.
Kelebihan;
- Satu rancangan "simpanan-paksa" yang baik.
- Sebagai Lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi.
- Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi melambung.
Kekurangan:
- Untuk mula menyimpan memang sukar; kerana wang pendahuluan yang tinggi dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank (min gaji bersih sebulan RM1500)
- Skim bayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksible.
- Tidak boleh segera ditukar kepada tunai. (sukar kalau ada emergency kes)
4. Insurans Hayat.
kelebihan;
- Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat.
- Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum Insurans matang, maka ia bertindak sebagai makenisme untuk menggalakan simpanan.
- Terbukti sebagi rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.
Kekurangan;
- Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain.
- Kurang fleksibel.
5. Pasaran Saham.
Kelebihan;
- Lebih memberangsangkan dariapda akaun semasa.
- Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.
Kekurangan;
- Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham (min RM10 ribu)
- Bukan untuk penyimpanan biasa yang melabur cuma beberaa ratus ringgit sebulan.
- Anda memerlukan banyak maklumat
pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan
sendiri palaburan anda dengan jayanya.
6. Unit Amanah
Kelebihan;
- Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpanan yang buat simpanan kerap.
- Pulangan yang agak tinggi berbanding simpanan tetap.
- Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan.
- Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
- Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar. (ada masa saya huraikan)portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
- Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.
kekurangan;
- Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan. (tetapi bagi pelaburan jangka panjang keadaan ini tidak perlu dirisaukan)
No comments:
Post a Comment