Wednesday, 5 June 2013

Salah Faham dengan Unit Trust @ Unit Amanah

Salam sejahtera. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik (Utusan Malaysia-2006) mendakwa menerima 100 bukti dari para pelabur yang rugi dalam pelaburan unit trust.

Awang Selamat bagaimana pun tidak menyatakan tempoh pegangan unit tust oleh pelabur tersebut. Tempoh pelaburan dalam unit trust sangat penting bagi menilai prestasi sesuatu dana unit trust. Menilai prestasi dana unit trust berdasarkan tempoh pegangan yang singkat tidak akan membantu pelabur membuat keputusan yang betul. Malah akan menimbulkan banyak impak yang negatif.

Saya tidak perlukan bukti untuk menyatakan seorang pelabur akan rugi sebaik sahaja melaburkan wang mereka dalam unit trust. Kenapa? Sebab skim pelaburan unit trust dirangka untuk manfaat kewangan jangka sederhana dan panjang. Jangan impikan jika anda melabur hari ini – esok, lusa, mingu depan, bulan depan, tahun depan 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi anda akan boleh untung!!Lupakan saja!! Tetapi bukanlah mustahil!!!

Tidak juga bermakna, walau pun sudah lama melabur anda akan untung, tidak juga. Meneliti semula prestasi beberapa unit trust dalam tempoh 10 atau 20 tahun lepas didapati unit trust sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai suatu pilihan kepada rakyat untuk menyimpan wang. 

Sebagai contoh, satu unit trust yang dilancarkan pada tahun 1992 sehingga kini telah memberikan pulangan sehingga 454.77% manakala satu lagi dana yang dilancarkan pada tahun 1997 telah memberikan pulangan 207.13% sehingga 29 Januari 2010.

Jadi di mana silapnya? Perlu diakui, bukan semua pelaburan dalam unit trust membuahkan untung. Ada yang rugi. Kerugian adalah risiko yang perlu diterima oleh pelabur apabila melabur. Bukan dalam unit trust sahaja. Dalam perniagaan pun begitu. Tetapi apa yang penting, apakah kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menilai semula strategi pelaburan kita? Supaya pelaburan kita menepati objektifnya.

Melabur dalam unit trust memerlukan kesabaran, disiplin dan strategi yang betul. Pelaburan dalam unit trust memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih bagi menyerap pergerakan harga pasaran sebelum mula menampakkan pertumbuhan modal. Tiada kompromi. 

Bagaimana pun terdapat pelabur-pelabur yang telah mula mendapat untung pada bulan ke 14. Apakah strateginya? Melabur secara tetap setiap bulan – sebagai satu cara meminimakan risiko.

Amat malang. Sementara kerajaan saban tahun melalui PNB, menganjurkan minggu amanah saham dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya menabung, kita dikejutkan oleh laporan yang tidak disertakan fakta-fakta. Laporan sebegini tidak banyak membantu mempromosi indusrti saham amanah di kalangan rakyat.

Pelaburan dalam unit trust ada peraturannya. Ada Suruhanjaya Sekuriti,Ada Pemegang Amanah yang menjaga kepentingan pelabur. Ada Penasihat Syariah, ada UMTC, ada FMUTM. Siapa yang ambil tahu?? Prospektus unit trust sudahkah habis dibaca, difahami sebelum melabur?? Tak perlu baca!! Biar perunding amanah terangkan?? Prestasi dana dalam tempoh 5 tahun lepas sudahkah diselidik?

Kita hidup di dunia ini, tiada yang percuma. Risiko ada di mana-mana. Memandu, risikonya kemalangan, kecederaan, kematian!! kenapa kita masih memandu? Merokok, risikonya membahayakan kesihatan!! kenapa masih merokok? kenapa kita masih melakukannya tetapi begitu takutkan risiko pelaburan? Ingin berniaga, ingin untung besar tetapi tidak mahu keluarkan modal!!

Seharusnya, kita bersama-sama kerajaan mendidik masyarakat dalam membudayakan amalan menabung, merancang keperluan kewangan pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan usaha-usaha yang berterusan akan mencetuskan kesedaran: untuk menabung bagi tujuan bayaran yuran sekolah anak-anak tahun hadapan.

Supaya tiada lagi yang mempertikaikan kenaikan yuran sekolah sebanyak RM100 setahun tetapi dengan senyum simpul membayar bil Astro RM 105.95 sebulan.

Sumber : Jomlabur. com

No comments:

Post a Comment