Wednesday, 26 June 2013

Maklumat Tambahan Unit Amanah Saham @ Unit Trust

Unit Trust merupakan satu pelaburan kolektif dimana wang para pelabur akan dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan didalam pelbagai portfolio, seperti ekuiti,pendapatan tetap,money market dan bond. Konsep pelaburan unit trust adalah sama seperti pelaburan ASN. Dimana terdapat perbezaan antara harga jual dan harga beli. Tidak sama seperti ASB, yang mana harga tidak pernah berubah iaitu tetap RM1.00.

Dalam pelaburan unit trust, terdapat hubungan 3 pihak di antara pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

Tanggungjawab pengurus dana adalah untuk membuat analisis dan mengenalpasti kaunter yang berpotensi untuk dilaburkan. Yang penting, pelaburan hanya dibuat di dalam syarikat-syarikat kukuh yang tersenarai di bursa saham.

Tanggungjawab pemegang amanah pula adalah untuk menjaga wang pelabur. Dengan kata lain, setiap urusan pelaburan akan melalui pemegang amanah bagi memastikan pengurus dana tidak menyelewengkan wang pelabur. Malah, setiap transaksi akan dibuat di atas nama pemegang amanah.

Sebagai contoh, katakanlah sesebuah dana melaburkan sebahagian wang ke dalam syarikat Air Asia, saham tadi adalah di atas nama pemegang amanah. Sebarang keuntungan akan dibayar kepada pemegang amanah.

Pengagihan tahunan (atau selalunya dipanggil dividen) juga akan dibayar oleh pemegang amanah kepada pelabur. Dengan cara ini, seandainya pengurus dana mengalami sebarang kerugian atau bankrap sekalipun, wang pelabur tetap selamat di bawah jagaan pemegang amanah.

Dengan kata lain, pelaburan unit trust merupakan satu bentuk pelaburan yang SANGAT SELAMAT jika dibandingkan dengan pelaburan secara terus di dalam bursa saham.

Bagaimana pelabur mendapat untung?

Melabur di dalam unit trust,anda akan mendapat dua keuntungan.Pertama dari segi kenaikan harga (pertumbuhan modal),kedua daripada dividen. Dari segi kenaikan harga, kita akan mendapat keuntungan apabila nilai seunit meningkat daripada nilai semasa kita membeli. Dan kita akan mendapat untung apabila kita menjualnya semasa harga sedang tinggi.

Tetapi jika nilai unit sedang menurun, kita tidak akan mengalami kerugian selagi kita tidak menjualnya.Anda tidak perlu risau dan bimbang kerana ada peluang untuk harga setiap unit untuk naik semula.Kadangkala ia bergantung kepada strategi pelaburan seseorang.Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana pelabur dapat membeli lebih banyak unit pada harga yang rendah.

Apabila dana mendapat untung dari pelaburan yang dibuat,maka keuntungan ini akan diagih kepada pelabur menerusi dividen. Tetapi dividen itu tidak semestinya dibayar dalam bentuk tunai, mungkin juga dalam bentuk tambahan unit.

Siapa Patut Melabur Dalam Unit Trust?

Pelabur didalam unit trust biasanya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya mereka lebih suka melabur didalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan.Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan unit trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan. Yang mana pada tempoh yg sederhana hingga panjang boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar jika dibandingkan dengan simpanan tetap.

Pelabur-Pelabur Unit Trust terdiri daripada:

  • Mereka yang ingin memulakan pelaburan tanpa perlu mendalami ilmu pelaburan denga lebih mendalam.
  • Golongan pekerja di sektor swasta dan kerajaan yang ingin memkasimumkan pulangan wang persaraan mereka.
  • Mereka yang sudah mencuba pelaburan lain tetapi tidak mendapat pulangan seperti yang di inginkan.
Pelaburan unit trust menawarkan pelbagai pelan pelaburan sesuai dengan matlamat kewangan anda.

Bagaimanakah caranya, jika saya sudah bersedia untuk memulakan pelaburan?

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan,anda boleh menghubungi saya.Walau dimanapun lokasi anda, Insya Allah dengan kecanggihan teknologi, saya yakin saya mampu membantu anda untuk memulakan pelaburan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang baik kepada anda.

Untuk memulakan pelaburan anda boleh menghubungi saya.

No comments:

Post a Comment