Monday, 24 June 2013

Bagaimana Inflasi Mengurangkan Nilai Wang Anda



Inflasi adalah satu ancaman yang sangat senyap. Ramai orang tidak sedar bagaimana perkara ini boleh terjadi. Kita ambil contoh dengan pembelian nasi lemak. Lima belas (15) tahun yang lepas dengan RM1.50, kita boleh mendapat nasi lemak dengan telur sebiji. Sepuluh (10) tahun lepas dengan wang yang sama, kita akan mendapat nasi lemak dengan telur separuh biji dan hari ini, kita akan hanya mendapat nasi lemak dengan telur suku biji dengan wang RM1.50.

Perasankan sekarang dengan wang yang sama tetapi kita dapat kuantiti yang berbeza. Nilai duit kita semakin mengecil. Inilah yang dinamakan inflasi. Sama seperti kadar pulangan berganda, inflasi berganda juga boleh memberikan kesan yang buruk terhadap taraf hidup kita.

Apakah inflasi?
 
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur ansur paras harga umum untuk produk produk dan perkhidmatan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Bahasa mudahnya, berlaku kemerosotan kuasa beli anda, nilai RM berkurangan….Sebagai contohnya, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5%. Apakah sebab sebab berlakunya inflasi?

Dua sebab umum berlakunya inflasi:

i. Permintaan Tinggi, Bekalan Rendah Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai Inflasi Tarikan-Permintaan (Deman-Pull Inflation), ianya biasa berlaku di ekonomi bertumbuh dimana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan”.

ii. Peningkatan Dalam Kos Pengeluaran Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat (contoh kenaikan harga minyak). Ini akan menyebabkan syarikat syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat syarikat biasanya memindahkan kos kepada pengguna.

Persoalan sekarang bukanlah inflasi akan terus menaik tetapi adakah inflasi itu menaik melebihi kenaikan gaji kita atau pelaburan kita ataupun tidak.

Didalam kes yang berlaku pada tahun 2007 hingga 2008 bilamana minyak telah naik mendadak, kenaikan inflasi itu lebih tinggi berbanding kenaikan gaji pekerja,dan kita mengeluh kuasa membeli kita semakin berkurangan.

Formula Faedah Berganda (Compounding Interest)

Mari kita lihat apa akan berlaku dengan nilai duit kita apabila ia disimpan, sebagai contoh, dibawah bantal.

Kita kira dengan kadar inflasi 5%(0.05) selama 5 tahun. Formula Kadar Inflasi Berganda Digunakan

FV = Future Value (Nilai Hadapan)

PV = Present Value (Nilai Hari Ini);

i = Inflation (Inflasi); n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun).

Jika wang yang terperap dibawah bantal itu adalah RM 10000.00 maka,

FV = RM10000(1-0.05)^5.

FV = RM 7738

Oleh itu anda kerugian sebanyak RM 2262 dalam tempoh lima tahun.

No comments:

Post a Comment