Sunday 16 June 2013

Strategi dan Konsep Melabur


Pemurataan Kos Ringgit /Ringgit Cost Averaging(RCA)

Apa itu RCA?

“Pemurataan kos ringgit” merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.

Bagaimana melaksanakan RCA?

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukan samada secara bulanan (Direct Debit Instruction) atau suku tahunan (pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Direct Debit Instruction sebanyak RM200 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan (3 bulan) mengikut jumlah yang layak seperti RM1,000 atau RM5,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.

Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan  JumlahPelaburan(RM)  Harga seunit (RM)    Jumlah unit-unit dibeli
Jan     1,000           0.2256 4432.624113
Feb     1,000           0.2156 4638.218924
Mac     1,000      0.2226 4492.362983
Apr     1,000      0.2011 4972.650423
Mei     1,000           0.1981 5047.955578
Jun     1,000           0.1899 5265.929437
Julai   1,000      0.1755 5698.005698
Aug     1,000            0.1656 6038.647343
Sept   1,000            0.1587  6301.197227
Oct     1,000            0.1666 6002.40096
Nov     1,000             0.1769   5652.911249
Dec     1,000      0.2168 4612.546125
Jumlah  12,000                                      63,155.45


Keputusan                      RM
Purata harga seunit         0.1928
Purata Kos seunit            0.1900
Nilai harga terkini         0.2168
Nilai pelaburan terkini      13692.10


Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, iaitu 1% kurang dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM 12,000 secara RCA adalah sebanyak 63115.45 berbanding dengan jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ sebanyak RM 12,000 adalah sebanyak 53191.49 unit yang dibeli dengan harga RM 0.2256/unit pada bulan Januari. Ini baru pelaburan untuk setahun.

Sudahkah anda melaksanakan RCA? 

No comments:

Post a Comment